Setiausaha Agung UMNO, YB Dato' Sri Haji Ahmad Maslan.

PRK CHINI: LATAR BELAKANG CALON BN BERKUALITI KUNCI KEJAYAAN BN

Oleh : Ain Nadhirah Basha

PEKAN, 04 JULAI 2020 : Calon muda yang berkualiti dan baik menjadi faktor kemenangan besar Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DN) Chini.

Setiausaha Agung UMNO, YB. Dato’ Seri Haji Ahmad Maslan berkata latar belakang calon muda ini menjadikan kerjasama Muafakat Nasional di antara UMNO dan PAS berjaya diterjemahkan.

Beliau berkata BN ketika bermesyuarat di ‘war room’ hanya menjangkakan sekitar 10,000 undi sahaja yang akan diterima oleh Mohd Sharim berikutan beberapa faktor.

“Dalam ‘war room’ kami jangka akan terima undi sebanyak 10,000 undi, atau lebih sedikit sahaja. Ini berikutan pelbagai faktor yang telah diambil kira terutama apabila Tun Mahathir memberikan sokongan kepada calon bebas.

“Tapi apabila kita dapat 12,560 undi, itu kejayaan yang amat besar berbanding majoriti sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata kemenangan ini juga membuktikan bahawa kerjasama Muafakat Nasional yang kali pertama diterjemahkan di dalam PRK Chini ini bukan sahaja sekadar di atas kertas semata-mata.

“Ini juga membuktikan Muafakat Nasional bukan sahaja berlaku di atas kertas sahaja tetapi ia adalah realiti politik.

“Dengan jumlah majoriti undi sebanyak 12,650 ini juga membuktikan bahawa apa yang ada di atas kertas itu, lebih kurang sama dengan real politik yang berlaku pada PRK ini,” katanya.

Beliau berkata, jumlah undi yang diterima dirasakan lebih tinggi sekiranya tiada berlakunya penularan wabak COVID-19 ketika ini.

“Kalau tidak ada COVID-19, saya yakin bahawa kemenangan yang akan kita terima lebih besar daripada jumlah yang kita terima pada hari ini,” katanya.

Mengulas mengenai jumlah peratus pengundi yang keluar mengundi pda PRK Chini ini jika dibandingkan dengan PRU ke-14, ia sudah memuaskan hati pihak BN.

“Peratusan yang keluar mengundi kali ini kurang daripada PRU-14 tapi jumlah yang keluar mengundi ini sudah pun cukup memuaskan hati kami.

“Ini kerana kami risau ramai pengundi terutamanya pengundi luar tak balik mengundi kerana ramai yang baru balik ke kampung selepas PKPP dan tidak lama lagi Hari Raya Haji.

“Tapi pengundi luar tetap balik mengundi. Ini kerana mereka ini tahu tanggungjawab mereka untuk memilih wakil mereka,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: