Kepimpinan parti daripada Perikatan Nasional yang hadir pada Ceramah Pemimpin Bersama Masyarakat di Tapak Pasar Tani FAMA, Pusat Bandar Dara, Chini, Pekan, malam tadi.

PRK CHINI JADI PENANDA ARAS SOKONGAN RAKYAT TERHADAP PN

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Putera Falliq Hakim

PEKAN, 27 JUN 2020: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DN) Chini disifatkan sebagai penanda aras dalam membuktikan sokongan masyarakat umum terhadap tampuk pemerintahan Perikatan Nasional (PN).

Naib Presiden UMNO, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, PRK ini memberi dua petanda iaitu sama ada ia mempertahankan sokongan masyarakat umum terhadap PN ataupun memihak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad di mana beliau masih yakin diterima oleh rakyat.

Menurut Menteri Kanan Kluster Keselamatan itu, ini kerana salah seorang calon Bebas yang bertanding di PRK DN Chini didakwa mendapat sokongan penuh daripada bekas Perdana Menteri itu.

Pengerusi BN Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail memperkatakan sesuatu kepada Naib Presiden UMNO, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob pada Ceramah Pemimpin Bersama Masyarakat di Tapak Pasar Tani FAMA, Pusat Bandar Dara, Chini, Pekan, malam tadi.

“Orang Felda tahu, orang Felda faham, orang Felda merasai deritanya apabila Dr Mahathir menjadi PM Malaysia.

Sewaktu dia PM pertama harga sawit ketika itu RM85 per tan paling rendah dalam sejarah. Apabila dia menjadi PM kali kedua harga sawit ketika itu RM210 satu tan. Apabila dia bergaduh dengan semua orang, gaduh dengan India, Cina yang menjadi mangsa adalah peneroka-peneroka, ” katanya pada Program Pemimpin Bersama Masyarakat di tapak pasar Tani Fama, Pusat Bandar Dara Chini, di sini, malam tadi.

Turut hadir, Pengerusi BN Pahang yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail; Ketua UMNO Bahagian Johor Baharu, Tan Sri Shahrir Abdul Samad; Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Saudara Shahril Hamdan; Setiausaha Agung Bersatu, Dato’ Sri Hamzah Zainuddin; Yang Dipertua PAS Pekan, Abu Kassim Manaf serta Setiausaha PAS Pekan, Ahyatudin Daud.

Naib Presiden UMNO, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam pada itu, Dato’ Sri Ismail Sabri berkata, kemenangan yang diberikan pengundi Chini akan memberi gambaran pada PRU ke-15 nanti.

“Kalau tolak calon BN maknanya kita tolak kepimpinan MB, Ahli Parlimen Pekan dan kepimpinan kerajaan hari ini.

“Rata-rata rakyat menerima kepimpinan kerajaan hari ini yang telah membuktikan kemampuan antaranya menangani COVID-19. Undi orang Chini menjadi sombolik bukti sokongan terhadap kerajaan hari ini.

“Ingatlah, kalau memilih parti, pilihlah yang membantu,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: