Ahli Parlimen Pekan, YB. Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama calon BN, Mohd Sharim Md Zain bersama ibu tunggal pada Majlis Pelancaran dan Penyerahan Borang Ahli Ibu Tunggal DUN Chini Parlimen Pekan di Felda Chini 5 di Pekan hari ini.

PRK CHINI: IBU TUNGGAL TERUS SOKONG CALON BN

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd Latib
Foto: Mahathir Ali

PEKAN, 25 JUN 2020: Golongan ibu tunggal di Chini akan memberi sokongan sepenuhnya kepada calon Barisan Nasional (BN), Mohd Shahrim Md Zain, 41, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Negeri (DN) Chini nanti.

Malah ketika ditemui hari ini mereka berharap Mohd Shahrim dapat membela nasib golongan itu terutamanya dari segi kebajikan selepas memenangi PRK Chini nanti.

Noraizah Mohd Sabies, 45.

Menurut Noraizah Mohd Sabies, 45, dia amat mengenai calon BN itu kerana sering mengikuti Allahyarham Dato’ Sri Abu Bakar Harun dalam program yang dianjurkan.

“Saya harapkan beliau dapat membawa lebih banyak pembangunan di Chini terutamanya untuk membantu ibu tunggal.

“Dulu Allahyarham Dato’ Sri Abu Bakar memang banyak membantu ibu tunggal, justeru saya harapkan calon BN ini dapat mengikuti apa yang telah dilakukan Allahyarham,” katanya.

Antara ibu tunggal yang hadir pada Majlis Pelancaran dan Penyerahan Borang Ahli Ibu Tunggal DUN Chini Parlimen Pekan di Felda Chini 5 di Pekan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran dan Penyerahan Borang Ahli Ibu Tunggal DUN Chini Parlimen Pekan di Felda Chini 5 di sini hari ini.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Pekan, YB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan turut dihadiri calon BN, Mohd Sharim Md Zain; Naib Ketua UMNO Bahagian Pekan, YH. Dato’ Sri Zamri Ramly dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

Fauziah Abdullah, 62.

Bagi seorang lagi ibu tunggal, Fauziah Abdullah, 62, pemilihan Mohd Sharim sebagai calon amat tepat namun berharap dapat membela nasib ibu tunggal di seluruh DN Chini.

“Bukan sahaja hanya di kawasan Felda, malah ibu tunggal yang berada di kampung-kampung tradisi dan kampung Orang Asli juga perlu dibela.

“Banyakkan program-program yang membabitkan golongan ibu tunggal dan perbanyakkan juga program ekonomi yang boleh mendatangkan pendapatan sampingan,” katanya.

Fatimah Osman, 70.

Sementara itu, ibu tunggal, Fatimah Osman, 70, berkata, calon BN mempunyai kelebihan untuk membantu penduduk setempat jika dipilih sebagai wakil rakyat kawasan itu kerana beliau berasal dari kawasan ini.

“Saya harap beliau dapat membawa suara golongan peneroka Felda dan generasi kedua yang menjadi sebahagian besar pengundi di Dewan Negeri (DN) Chini,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: