Pengerusi BN Negeri Pahang yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail

PRK CHINI: BN BERSIAP SEDIA HADAPI CALON BEBAS, HARAP MAJORITI LEBIH BESAR

KUANTAN, 20 JUN 2020; Jentera BN kini sudah bersiap sedia bagi menghadapi cabaran pada pertandingan Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Chini.

Pengerusi BN Negeri Pahang yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau menyambut baik penyertaan calon-calon Bebas menentang calon Barisan Nasional (BN), Encik Mohd Sharim Md Zain.

Beliau berkata, walaupuan beliau berharap tiada pertandingan memandangkan negara dan negeri masih dibelenggu wabak pandemik COVID-19, namun ia tidak menjadi kenyataan.

Menurutnya, jentera BN sentiasa bersiap sedia akan terus digerakkan demi memastikan calonnya, yang merupakan anak peneroka dalam kalangan generasi kedua Felda menang dengan majoriti besar.

“Saya ingin mengingatkan calon-calon Bebas atau pihak-pihak yang menyokong mereka, agar mengamalkan kempen secara sihat khususnya tidak melakukan perbuatan keji seperti membuat tohmahan dan fitnah-memfitnah,” katanya kepada media di sini hari ini.

Pengerusi BN Negeri Pahang yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama calon BN Encik Mohd Sharim Md Zain ketika ketika Majlis Pengumuman Calon BN di Bangunan UMNO Bahagian Pekan pada 18 Jun 2020.

Selain Encik Mohd Sharim daripada BN, dua calon Bebas yang sah bertanding ialah YM Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin dan Encik Mohd Shukri Mohd Ramli.

Ditanya mengenai peluang BN menang pada PRK kali ini, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy menjelaskan di bawah Muafakat Nasional (BN dan Pas) peluang mereka jauh lebih baik berdasarkan pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menurutnya, BN tidak memandang rendah calon-calon Bebas kerana mereka punyai asas tertentu yang menyebabkan mereka bertanding.

“UMNO dan BN akan terus bersiap sedia dan kita akan berjuang habis-habisan dan kita akan cuba berusaha untuk memperoleh majoriti yang lebih baik.

“Saya sangat yakin majoriti akan lebih daripada PRU14 kerana dahulu kita berasingan dengan Pas dan kini mereka sudah bersama kita dalam Muafakat Nasional. Jadi sudah tentulah undi lebih 5,000 yang dimiliki oleh Pas akan berpindah kepada kita,” katanya.

Beliau juga berharap, calon-calon dan penyokong sentiasa akur kepada segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan agar wabak pandemik COVID-19 tidak menular lebih meluas semasa dan selepas PRK N23 Chini ini.-PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: