Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail (tengah) bersama barisan kepimpinan dan kakitangan Kerajaan Negeri mengibarkan Jalur Gemilang pada Majlis Sambutan Hari Malaysia 2020 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan disini hari ini.

PRINSIP RUKUN NEGARA PERLU DIHORMATI, DITERAP DALAM DIRI SETIAP RAKYAT

Oleh: Ain Nadhirah Basha
Foto: Mahathir Ali

PEKAN, 16 SEPTEMBER 2020 : Prinsip Rukun Negara perlu dihormati dan diterapkan dalam diri setiap rakyat Malaysia, ujar Menteri Besar Pahang.

YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata Rukun Negara merupakan salah satu asas untuk membentuk jiwa yang prihatin dan negara yang makmur.

“Untuk menjadi seorang warganegara yang baik, seseorang itu perlu tahu Rukun Negara. Ia bukan sekadar tahu tetapi juga sebab kenapa Rukun Negara diwujudkan.

Sebahagian jemputan yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Malaysia 2020 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur mematuhi SOP jarak kedudukan bagi membendung wabak Covid-19.

“Kita perlu tahu apa asas dan rasional di sebalik kelima-lima Rukun Negara tersebut dan setiap rakyat perlu menjiwai pengisian tentang apa yang dimaksudkan dengan Rukun Negara itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Sambutan Hari Malaysia 2020 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan di sini.

Turut hadir, YB Yang DiPertua Dewan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Ishak Haji Muhamad; YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak; dan barisan exco Kerajaan Negeri.

Antara pertunjukkan menarik pada pada Majlis Sambutan Hari Malaysia 2020 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur.

Beliau berkata sebagai sebuah negara demokrasi, prinsip Rukun Negara merupakan satu tanda ukur kepada kerukunan negara ini.

“Untuk kita jadi rakyat yang baik, kita kena ikut balik Rukun Negara. Kita harus terima dan hormat setiap rukun yang telah digariskan.

“Kalau kita tak hormat perlembagaan, siapa lagi yang nak hormat perlembagaan? Ini kerana di sini, di tanah ini tempat kita semua cari makan, tempat kita bermain,” katanya.

Sebahagian tetamu, rakyat negeri Pahang yang terdiri dari pelbagai kaum hadir pada Majlis Sambutan Hari Malaysia 2020 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur.

Beliau berharap semua pihak akan menerapkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian bagi memastikan rakyat hidup dalam rukun dan damai.

“Saya harap kita semua amalkan dan kalau boleh pihak kerajaan kuatkuasakan, sebagai contoh kalau kita nak ambil penjawat awam untuk kerja, kita tanya Rukun Negara. Kerana untuk menjadi seorang warganegara yang baik, dia kena tahu Rukun Negara.

“Kita tak nak orang bersifat ethnocentrik. Yang fikir diri sendiri sahaja. Kita semua kena hormat budaya, kepercayaan, apa sahaja yang ada kerana jika tidak dibendung dan dikawal mungkin apa yang kita bentuk selama ini tidak akan jadi,” katanya.

YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail (hadapan) menunggang motosikal ‘Spider’ sambil berkonvoi ketika hadir ke
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan bagi merasmikan Sambutan Hari Malaysia 2020 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur.

Sambutan Hari Malaysia 2020 di negeri Pahang yang bertemakan ‘Malaysia Prihatin’ disambut secara sederhana dengan kehadiran dif kehormat, anggota keselamatan dan petugas mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).

Majlis ini turut diserikan dengan YAB. Menteri Besar Pahang beramah mesra secara panggilan video bersama petugas barisan hadapan di negeri ini, persembahan pentomin dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), dan nyanyian daripada petugas barisan hadapan. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download