Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

PREMIS DAN AKTIVITI PERNIAGAAN DIBENARKAN BEROPERASI BERMULA 7 PAGI HINGGA 10 MALAM

KUANTAN 11 JUN 2020: Premis dan aktiviti perniagaan di negeri ini kini boleh beroperasi bermula 7 pagi hingga 10 malam.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, setelah mengeluarkan kenyataan media tentang Garis Panduan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Negeri Pahang tengah hari semalam, beliau menerima maklumbalas khususnya dalam kalangan peniaga kedai makan dan persatuan-persatuan berkenaan, mengenai tempoh operasi ditetapkan bermula 7 pagi hingga 9.30 malam.

“Justeru Kerajaan Negeri mengambil berat atas maklum balas ini dan setelah perbincangan lanjut dengan YB Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri, Dato’ Sri Dr Salehuddin Ishak, serta agensi-agensi termasuk Majlis Keselamatan Negeri (MKN) dan Jabatan Kesihatan Negeri.

“Sukacita saya umumkan tempoh operasi semua premis dan aktiviti perniagaan kini bermula 7 pagi hingga 10 malam kecuali bagi sektor yang dibenarkan (perkhidmatan ‘essential’) mengikut kelulusan lesen perniagaan asal seperti stesen minyak, kilang dan klinik,” katanya.

Beliau berkata, keputusan terbaharu ini saya harap memadai setakat ini dan semakan akan dibuat dari masa ke semasa berpandukan tahap ancaman wabak pandemik COVID-19 di Pahang dan menurut keperluan semasa, termasuk aspek kepatuhan rakyat terhadap garis panduan serta Prosedur Operasi Standard (SOP) yang Kerajaan tetapkan.

“Saya juga berharap, kita tidak hilang fokus sebaliknya terus memberi tumpuan dalam menjayakan langkah-langkah bagi membendung wabak pandemik ini yang masih menggugat kesihatan awam di dunia, negara dan negeri ini,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download