POLIS TAHAN SUSPEK KES BUNUH PEKERJA KILANG PAPAN

KUANTAN, 24 NOVEMBER 2020 : Polis menahan seorang lelaki warga Indonesia dipercayai terlibat dengan kes pembunuhan seorang pekerja kilang papan di sebuah ladang kelapa sawit di Mentakab hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, YDH SAC Dato’ Othman Nayan berkata, suspek berusia 43 tahun tersebut ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Pihak polis menerima maklumat daripada orang awam pada 8.40 pagi mengenai kejadian seorang lelaki warganegara Indonesia di temui mati di dalam kawasan ladang kelapa sawit di Mentakab.

“Siasatan awal mendapati mangsa berusia 32 tahun cedera di bahagian leher dipercayai dikelar oleh suspek. Selain itu, motosikal mangsa dijumpai dibuang di dalam lubang di ladang sawit berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, motif berkaitan kes ini masih belum dikenalpasti dan sedang disiasat.

Menurut beliau, kes di siasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman mati. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

 1,512 total views,  3 views today