Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din (tengah) bersama Ketua Polis Pahang, Dato' Sri Abd Jalil Hassan (kanan) ketika sidang media selepas Sambutan Hari Inovasi Peringkat PDRM 2020 yang dirasmikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, hari ini.

POLIS SENTIASA BERSIAP SEDIA SEKIRANYA PKP DILAKSANAKAN KEMBALI

Oleh: Ain Nadhirah Basha
Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 02 OKTOBER 2020: Pihak polis sentiasa bersiap sedia sekiranya Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dilaksanakan semula oleh pihak Kerajaan berikutan jumlah kes COVID-19 yang semakin meningkat.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata pihaknya sentiasa bersedia daripada semua aspek kerana ia bukanlah perkara baharu yang perlu dihadapi oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador (kanan) merasmikan Sambutan Hari Inovasi Peringkat PDRM 2020 di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, hari ini.

“Kami bersedia (perlaksanaan PKP). In fact ini bukan benda baharu. Kita dah ada pengalaman beberapa bulan sudah.

“Semenjak dari awal-awal dulu, bulan tiga dulu, sampai hari ini. Jadi kita pernah buat dan kita buat dengan jayanya dalam membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Sambutan Hari Inovasi Peringkat PDRM 2020 yang dirasmikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, hari ini.

Beliau berkata jumlah anggota yang bertugas juga adalah seperti biasa setakat ini dan tidak akan menghalang pihak polis daripada berkhidmat sekiranya PKP dilaksanakan kembali walaupun kira-kira 700 anggota yang terlibat dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah masih dikuarantinkan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang Kategori Penambahbaikan sambil disaksikan Ketua Polis Pahang, Dato’ Sri Abd Jalil Hassan (kiri) pada Sambutan Hari Inovasi Peringkat PDRM 2020 di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, hari ini.

“Lebih kurang 500 orang diterbangkan dari Sarawak dan kira-kira 200 orang lagi dari Semenanjung sebelum PRN ini diadakan. Semua sekarang sedang dikuarantin.

“Sekarang mereka telah kembali (dari Sabah) dan kita kuarantin mereka dalam Pusat Latihan di Sarawak. Bagi anggota dari Semenanjung mereka dikuarantinkan juga di hotel yang diwartakan oleh NADMA dan kita masih menunggu keputusan ujian kesemua mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengulas mengenai mengenai isu menghina Jata Negara oleh editor buku Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia yang kini masih dalam siasatan pihak polis.

Pengarah Eksekutif PSDC, Suris Mihad menyampaikan cenderahati kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika beliau melawat ruang pameran pada Sambutan Hari Inovasi Peringkat PDRM 2020 di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, hari ini.

“Ini masih lagi dalam siasatan dan sekiranya kita dapat untuk mengesan dia, kita akan membawa kertas siasatan kita kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

“Setakat ini peguam editor tersebut memberi kerjasama dan sekarang kita nak rakam percakapan dan kenyataan editor itu yang dipercayai masih berada di luar negara bagi meneruskan sisasatan,” katanya. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

 102 total views

Please follow and like us:
error
error: