Ketua Polis Pahang, YDH CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan ketika melakukan pemantauan di sekatan jalan raya (SJR) di Tanjung Lumpur, Kuantan.

POLIS PAHANG TERIMA 1,973 PERMOHONAN PERMIT PERGERAKAN HARIAN

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 01 FEBRUARI 2021 : Polis Pahang telah menerima 1,973 permohonan borang permit pergerakan harian di seluruh negeri ini semalam.

Ketua Polis Pahang, YDH CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata daripada jumlah tersebut sebanyak 1,923 permohonan telah diluluskan manakala baki 50 permohonan lagi telah ditolak.

Beliau berkata pihaknya juga telah menjalankan pemantauan di 1,478 kawasan di seluruh negeri ini melibatkan 102 pasukan.

“Pemantauan ini melibatkan 881 premis, kilang dan bank; kenderaan di periksa (409); tempat ibadah (87); tempat riadah (46); pasar tani dan pasar awam (33); dan terminal bas serta teksi (22).

“Susulan peningkatan secara mendadak kes COVID-19 di negeri ini, maka tindakan penguatkuasaan melalui penugasan pasukan pemantau pematuhan COVID-19, sekatan jalan raya (SJR) dan juga rondaan MPV telah dipertingkatkan dalam usaha PDRM mengekang penularan wabak tersebut,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP).

Menurut beliau lagi, jumlah tangkapan keseluruhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 sehingga semalam di negeri ini adalah seramai 1,389 orang.

“Manakala jumlah keseluruhan pertuduhan di mahkamah kerana melanggar perintah PKP bagi tempoh yang sama di seluruh negeri ini adalah seramai 595 orang.

“Pihak polis juga telah mengeluarkan kompaun kepada dua individu semalam kerana melanggar arahan PKP di negeri ini,” katanya. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download