Ketua Polis Pahang, YDH CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan menunjukkan individu yang dikehendaki di Pahang.

POLIS PAHANG JEJAK 1,206 INDIVIDU PELBAGAI KESALAHAN JENAYAH

Oleh: Fansurina Abdullah

KUANTAN, 26 JANUARI 2021: Polis Pahang sedang menjejaki seramai 1,206 individu yang melakukan pelbagai kesalahan jenayah di negeri ini sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis Pahang, YDH CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata, individu yang dikehendaki ini merangkumi Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik.

“Sebanyak 437 individu yang dikehendaki (wanted person) bagi Jabatan Siasatan Jenayah dan 713 individu dikehendaki bagi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

“Sebanyak 29 individu pula dikehendaki bagi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan sebanyak 27 individu yang dikehendaki bagi Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini, hari ini.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung individu yang dikehendaki (wanted person) boleh disalurkan ke Pusat Kawalan Kontinjen Pahang (CCC) di talian 09-5051999/2202. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download