Ketua Polis Daerah Kuantan, Tuan ACP Mohamad Noor Yusof Ali membuat pemeriksaan di sebuah pasaraya di Kuantan hari ini.

POLIS KELUAR 30 KOMPAUN LANGGAR ARAHAN PKP SETAKAT SEMALAM

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 31 JANUARI 2021 : Sebanyak 30 kompaun pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dikeluarkan oleh pihak polis daerah ini setakat semalam. 

Ketua Polis Daerah Kuantan, Tuan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata ini termasuklah tangkapan bagi aktiviti perjudian yang melibatkan tujuh individu.

“Ada satu operasi yang telah kita jalankan di mana kita telah membuat tangkapan ada aktiviti perjudian tapi aktiviti perjudian ini dilakukan di satu rumah kediaman yang mana melibatkan tujuh orang.

“Jadi kita telah mengambil tindakan di bawah undang-undang perjudian dan dalam masa yang sama kita telah mengeluarkan kompaun kepada ketujuh-tujuh mereka di bawah Peraturan 16 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan Ronda Cegah Jenayah dan Pemantauan Pematuhan Covid-19 di sekitar Kuantan, hari ini.

Beliau berkata pelanggaran arahan PKP yang paling tinggi direkodkan adalah berkaitan tidak mendaftar masuk ke premis perniagaan.

“Kompaun yang paling banyak adalah yang pertama, tidak menggunakan aplikasi MySejahtera untuk masuk ke premis atau menulis secara manual di buku-buku yang disediakan.

“Yang kedua adalah berkaitan pemakaian pelitup muka, dan bagi lain-lain kompaun adalah berkaitan penjarakan fizikal,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya mematuhi arahan PKP yang dikeluarkan bagi memastikan Covid-19 dapat dikekang penularannya. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download