Anggota polis melakukan sekatan jalan raya di Cherating, Kuantan pada malam pertama pelaksanaan PKPB di Pahang.

PKPB: POLIS PAHANG TERIMA 2,812 PERMOHONAN PERMIT PERGERAKKAN HARIAN

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 15 JANUARI 2021 : Polis Pahang telah menerima sebanyak 2,812 permohonan bagi permit pergerakkan harian setakat dua hari Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di negeri ini.

Ketua Polis Pahang, YDH CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata daripada jumlah permohonan tersebut sebanyak 45 permohonan telah ditolak oleh pihak polis menjadikan permohonan yang diluluskan adalah sebanyak 2,767.

Beliau berkata sebanyak 17 lokasi sekatan jalan raya dilaksanakan di seluruh negeri ini dengan jumlah keseluruhan petugas seramai 340 orang bagi mengurangkan pergerakan rentas sempadan negeri.

Selain itu, menurut beliau, sebanyak 1,229 pemantauan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) telah dijalankan oleh 103 pihaknya.

Anggota polis melakukan sekatan jalan raya di Cherating, Kuantan pada malam pertama pelaksanaan PKPB di Pahang.

“Sebanyak 784 premis, kilang dan bank telah diperiksa; selain itu, kenderaan (183); tempat ibadah (83); tempat riadah (32); pasar awam dan psar tani (29); terminal bas dan teksi (17); dan tapak pembinaan (dua).

“Pihak polis juga telah mengeluarkan kompaun kepada 15 individu setakat semalam manakala enam premis lagi dikenakan tindakan sama oleh pihak kerkuasa tempatan (PBT),” katanya.

Tambah beliau lagi, sebanyak 593 individu telah dikenakan pertuduhan di mahkamah di negeri ini secara keseluruhan sejak 18 Mac 2020 sehingga semalam.

Manakala sebanyak 1,370 individu telah ditangkap di seluruh negeri ini kerana melanggar perintah PKP dalam tempoh yang sama. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download