Ketua Polis Pahang, YDH CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan.

PKPB: POLIS LAKSANA 11 SJR DI PAHANG BERMULA HARI INI

Oleh: Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 13 JANUARI 2021: Sebanyak 11 sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negeri ini bagi memantau pergerakan orang ramai berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Pahang, YDH CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata, sekatan jalan raya ini melibatkan enam daerah di negeri ini iaitu Kuantan, Rompin, Bera, Lipis, Bentong dan Cameron Highlands.

“Sekatan ini dilakukan dengan kerjasama daripada pihak polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta RELA. Seramai 335 anggota ditugaskan di semua sekatan jalan raya bagi memastikan pemantauan dapat dijalankan dengan berkesan,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) hari ini.

Beliau berkata, seramai 335 anggota ditugaskan di semua sekatan jalan raya bagi memastikan pemantauan dapat dijalankan dengan berkesan.

“Seramai 160 anggota polis ditugaskan dalam sekatan tersebut dan dibantu oleh 118 anggota ATM, serta 57 anggota RELA di 11 SJR.

“Kesemua petugas sekatan jalan raya ini akan bertugas selama 24 jam merangkumi tiga peringkat bagi memastikan tiada sebarang masalah daripada timbul,” katanya.

Beliau berkata, sebarang pergerakkan merentas negeri adalah tidak dibenarkan sama sekali setelah Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) bermula 12 tengah malam tadi.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya menangguhkan dan mengelakkan perjalanan ke negeri-negeri di zon merah buat masa ini.

“Selain itu, orang ramai dinasihatkan banyak menggunakan kaedah secara online dalam apa jua aktiviti serta boleh merujuk portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengetahui lebih terperinci akan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan,” katanya. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download