Anggota polis membuat pemantauan kenderaan dalam SJR di Pahang.

PKPB: 1,488 PREMIS DI PAHANG DIPANTAU DALAM TEMPOH 24 JAM

Oleh : Fansurina Abdullah

KUANTAN, 18 JANUARI 2021: Polis Pahang telah melaksanakan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke atas 1,488 premis di seluruh negeri ini dalam tempoh 24 jam.

Ketua Polis Pahang, YDH CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata, pemantauan itu dijalankan oleh 123 pasukan polis melibatkan pelbagai lokasi tumpuan awam seperti terminal bas, teksi, pasar awam, tempat ibadah, tempat riadah, tapak pembinaan,premis perniagaan, kilang dan bank.

“Semua pegawai dan anggota polis yang melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan dan individu baik penugasan sekatan jalan raya (SJR) dan Team Pematuhan SOP PKPB sentiasa berdedikasi dan toleransi semasa menjalankan amanah dan tanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya juga menerima sebanyak 1,579 permohonan permit pergerakan harian dan daripada jumlah itu, sebanyak 1,529 permohonan diluluskan manakala 50 permohonan lagi telah ditolak.

“Penguatkuasaan juga akan terus dilakukan dengan pelaksanaan 17 SJR di seluruh negeri melibatkan seramai 338 anggota bertugas,” katanya.

Katanya lagi, pihak polis juga telah melakukan tangkapan terhadap individu yang ingkar PKPB menjadikan jumlahnya keseluruhan seramai 1,371 orang sejak 18 Mac tahun lalu.

“Sejak PKP dilaksanakan sejak 18 Mac 2020, seramai 593 jumlah pertuduhan dibawa ke mahkamah dan bagaimanapun pada semalam tiada sebarang pertuduhan dibuat di mahkamah,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download