Panel jemputan bersama kakitangan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan Yayasan Pahang pada Forum Wacana Fikrah Pahang bertajuk “Bicara Pendidikan Negeri Pahang” yang berlangsung di Dewan Utama Yayasan Pahang, Kuantan, semalam.

PKP BUKA PELUANG PARA PENDIDIK APLIKASIKAN PDP GUNA KAEDAH TEKNOLOGI

PKP BUKA PELUANG PARA PENDIDIK APLIKASIKAN PDP GUNA KAEDAH TEKNOLOGI

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 29 JULAI 2020: Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak Mac lalu membuka peluang kepada para pendidik khususnya guru-guru bagi mengaplikasikan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) menggunakan kaedah teknologi.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) Sektor Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Puan Hajah Asiah Hamzah berkata, kesemua guru telah lama didedahkan dengan PdP menggunakan teknologi namun tiada ruang untuk mengaplikasikannya.

Timbalan Pengarah JPNP Sektor Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Puan Hajah Asiah Hamzah dan Ketua Pegawai Operasi Yayasan Pahang, Tuan Haji Ab Razak Abu Musa Saari menjadi panel Forum Wacana Fikrah Pahang bertajuk “Bicara
Pendidikan Negeri Pahang” yang berlangsung di Dewan Utama Yayasan Pahang, Kuantan, semalam.

“Kesemua guru telah lama didedahkan dengan cara mengadakan ‘teleconferencing’, perlaksanaan ‘google classroom’, bagaimanakan hendak mengadakan ‘google meet’.

“Tetapi, walaupun ilmu-ilmu itu telah lama dipelajari, namun keadaan ketika itu tidak mendesak, jadi kita lebih selesa melaksanakan kerja secara konvensional. Apabila keadaan mendesak ketika perlaksanaan PKP baru-baru ini, semua ilmu tersebut dapat dipraktikkan secara optimum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan pada Forum Wacana Fikrah Pahang bertajuk “Bicara
Pendidikan Negeri Pahang” yang berlangsung di Dewan Utama Yayasan Pahang, di sini, semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) Sektor Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Puan Hajah Asiah Hamzah

Antara panel jemputan lain ialah Ketua Pegawai Operasi Yayasan Pahang, Tuan Haji Ab Razak Abu Musa Saari.

Forum itu antara lain mengupas peranan institusi pengajian tinggi dalam menangani isu pembelajaran dan pengajaran pada peringkat tertinggi ketika penularan wabak pandemik Covid-19.

Tuan Haji Ab Razak berkata, kebanyakan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lebih terdedah dengan penggunaan teknologi terkini dan lebih mahir dalam penggunaan aplikasi terbaru.

“Saya kira di peringkat IPTA tidak menjadi masalah untuk melaksanakan pengajian atas talian ini. Walaupun mereka berada di rumah namun dengan adanya aplikasi yang digunakan, mereka dapat belajar sepertimana biasa,” katanya.

Ketua Pegawai Operasi Yayasan Pahang, Tuan Haji Ab Razak Abu Musa Saari.

Malah, kaedah pembelajaran atas talian ini juga lebih efektif daripada segi penggunaan masa kerana lebih mudah dan dapat dilaksanakan di mana sahaja.

Namun beliau berkata, situasi terkini yang memaksa semua pihak menggunapakai teknologi dan aplikasi teknologi yang sudah lama tersedia.

Forum tersebut dihadiri lebih 100 tetamu terdiri daripada pegawai dan kakitangan JPNP dan Yayasan Pahang. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: