Menteri Besar Pahang, YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan sumbangan kepada wakil persatuan pelancongan di Pahang.

PKP: 450 PEMANDU PELANCONG DAN PENGUSAHA BOT PELANCONGAN TERIMA SUMBANGAN

KUANTAN, 21 JANUARI 2021: Seramai 450 pemandu pelancong dan pengusaha bot pelancongan di negeri ini menerima sumbangan keseluruhan berjumlah RM270,000 daripada Kerajaan Pahang, semalam.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dalam satu majlis di Wisma Sri Pahang di sini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd. Sharkar Haji Shamsudin, penerima sumbangan tersebut membabitkan adalah ahli Persatuan Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Taman Negara, Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Pahang, Persatuan Pengusaha Bot Taman Negara dan Persatuan Bot Pelancong Pulau Tioman.

“Sumbangan Kerajaan Pahang menerusi Tourism Pahang adalah sebagai tanda prihatin kepada golongan terbabit yang terkesan ekoran penularan pandemik COVID-19.

“Jumlah penerima sumbangan adalah membabitkan seramai 450 orang penerima. Ia terdiri daripada pemandu pelancong seramai 254 penerima dan pengusaha bot seramai 196 penerima,” katanya dalam satu kenyataan media di Facebooknya di sini.

YB. Dato’ Sri Haji Mohd. Sharkar berkata, dalam majlis yang sama juga, Kerajaan Pahang menerusi Tourism Pahang turut memberi sumbangan berjumlah RM5,000 kepada pemandu pelancong Taman Negara, Zulkifli Daud yang rumahnya musnah dalam kebakaran.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan YAB Menteri Besar kerana cakna dengan nasib pemandu pelancong dan pengusaha bot pelancongan yang terjejas ekoran penularan wabak COVID-19,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download