YB. Dato' Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain (dua dari kanan) pada Majlis Makan Meraikan Pasukan Silat Olahraga Malaysia dan Pasukan Silat Remaja Pahang

PESILAT PAHANG SUMBANG 8 EMAS DI KEJOHANAN ANTARABANGSA

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib

KUANTAN, 18 FEBRUARI 2020: Pesilat Pahang berjaya membantu Malaysia memperoleh lapan pingat emas dalam dua pertandingan antarabangsa baru-baru ini.

Dua pertandingan itu ialah International Championship Pencak Silat Sultan Open 2020 di Tashkent, Uzbekistan pada 4 Februari dan 5 Februari lalu dan Kejuaraan Silat Terbuka Kazakhstan Symkent 2020 pada 7 Februari hingga 9 Februari lalu.

Pesilat Pahang yang berjaya memperoleh tiga emas di International Championship Pencak Silat Sultan Open 2020 ialah Faiz Aniq Fazly, Mohamad Ilham Abdul Majid dan Khairul Aiman Afiq Amram manakala dua gangsa pula dimenangi Afiq Aniq Fazly dan Mohamad Syabiel Tajol Mulok.

Selain itu, turut memenangi emas pada Kejuaraan Silat Terbuka Kazakhstan Symkent 2020 ialah Faiz Aniq Fazly, Mohamad Ilham Abdul Majid, Khairul Aiman Afiq Amram, Afiq Aniq Fazly dan Mohamad Syabiel Tajol Mulok.

Sebelum ini, berlangsung majlis makan meraikan Pasukan Silat Olahraga Malaysia dan Pasukan Silat Remaja Pahang yang diraikan oleh Presiden Silat Negara Uzbekistan di Restoran Raihan di Bandaraya Tashkent.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain dan Timbalan Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) yang juga ADUN Sungai Lembing, YB. Dato’ Haji Md. Sohaimi Haji Mohamed Shah. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on google
Google+

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download