Antara pesilat Pahang dan Kuala Lumpur yang menyertai perlawanan percubaan di di Dewan Terbuka, Taman Seri Kemunting di Temerloh, baru-baru ini.

PESILAT PAHANG MAMPU KEKAL ANTARA TERBAIK SUKMA JOHOR 2020

Oleh: Mahathir Ali

KUANTAN, 29 SEPTEMBER 2020: Pasukan Silat Sukan Malaysia (SUKMA) Pahang membuktikan kehebatan apabila berjaya mengalahkan pasukan Silat SUKMA Kuala Lumpur (Wipers) sempena perlawanan percubaan antara kedua-dua pasukan di Dewan Terbuka, Taman Seri Kemunting di sini baru-baru ini.

Pasukan pahang berjaya memperoleh enam kemenangan daripada sepuluh acara yang dipertandingkan sempena perlawanan itu.

Setiausaha Agung Persatuan Silat Negeri Pahang, YH. Dato’ Osman Nok berkata, perlawanan itu membabitkan kehadiran lebih 70 pesilat dan dirasmikan oleh Yang Dipertua Persatuan Silat Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Md. Sohaimi Haji Mohamed Shah.

“Pesilat SUKMA Pahang perlu berusaha lebih gigih lagi memandangkan Sukan SUKMA 2020 yang akan berlangsung di Johor nanti hanya tinggal lebih kurang enam bulan sahaja lagi,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) di sini, semalam.

Beliau berkata, pasukan perlu memperbanyakan lagi program ‘test match’ bersama pasukan silat selain dari Negeri Pahang bagi meningkatkan keupayaan dan kemampuan memandangkan pesilat telah lama berehat ketika PKP dilaksanakan.

“Saya juga telah meminta pengurus pasukan dan jurulatih mencari jalan terbaik dalam masa enam bulan ini bagi memantapkan lagi pasukan silat Pahang dengan latihan yang lebih konsisten untuk menguatkan jasmani dan rohani agar pasukan Pahang terus kekal sebagai sebuah pasukan yang digeruni seperti sebelum ini.

“Malah saya yakin pasukan Pahang mampu menjadi yang terbaik pada kejohanan itu nanti jika dilihat dari semangat yang ditonjolkan dalam perlawanan persahabatan ini,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

 89 total views

Please follow and like us:
error
error: