PESERTA IJTIMAK TABLIGH KES PERTAMA POSITIF COVID-19 DI PAHANG

Oleh: Fansurina Abdullah

KUANTAN, 12 MAC 2020: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang mengesahkan seorang peserta Ijtimak Tabligh positif COVID-19 selepas menghadiri ‘ijtimak tabligh’ di Masjid Seri Petaling di Ibu Negara pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, YH Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Haji Awang Ngah berkata, kes pertama itu kini dikuarantin dan diberi rawatan di wad isolasi Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini dan akan dipantau dalam tempoh 14 hari.

“Manakala dua lagi kes dari Pekan dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh disahkan negatif dan mereka juga akan terus dipantau dalam tempoh 14 hari,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) di sini hari ini.

YH Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Haji Awang Ngah

Tambahnya, JKN Pahang juga sedang giat melakukan pengesanan ahli tabligh dengan berhubung terus menerusi ketua tabligh masing-masing serta peserta tabligh yang telah menghadiri program ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling baru-baru ini.

“Bukan sahaja peserta tabligh, malah ahli keluarga dan semua kontak mereka juga perlu melakukan saringan bagi mengesan Covid-19.

“Justeru JKN meminta agar mereka yang menyertai himpunan tabligh tersebut segera menghubungi pejabat kesihatan daerah untuk membendung penularan jangkitan COVID-19,” katanya.

Sehingga semalam sebanyak 50 kes ‘Person Under Investigation’ (PUI) dengan 49 kes disahkan negatif dan satu kes positif.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, warga tempatan berusia 60 itu adalah kes ke-131 yang dikesan Kementerian Kesihatan (KKM) dan mula mempunyai gejala deman, batuk serta selesema pada 4 Mac lalu.

“Warga tempatan berusia 60 itu adalah kes ke-131 yang dikesan Kementerian Kesihatan (KKM) dan mula mempunyai gejala deman, batuk serta selesema pada 4 Mac lalu. Pesakit itu sesak nafas pada 8 Mac dan dimasukkan ke Hospital Bentong pada hari yang sama.

“Beliau kemudiannya dirujuk ke HTAA Kuantan pada 9 Mac dan ujian pengesanan COVID-19 yang diambil bagi kes ini disahkan positif pada keesokan hari,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya, hari ini.

– PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error