Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang pesara En. Ahmad Zaim@Mohd Zaim Masood pada Majlis Tautan Budi Terukir Abadi Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan Tahun 2020 di Hotel Sri Manja Boutique, di Kuantan, hari ini.

PESARA PERLU BIJAK URUS KEWANGAN SELEPAS BERSARA

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 22 SEPTEMBER 2020: Golongan pesara disaran supaya bijak menguruskan kehidupan dan kewangan agar bersesuaian dengan perubahan sosialisasi sebaik sahaja bersara.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kehidupan pesara pasti berubah termasuklah aspek kewangan sebaik sahaja bersara dan ini memberikan impak yang besar di dalam proses sosialisasi mereka.

Beliau berkata, golongan pesara perlulah bijak mengurus perubahan dalam kehidupan termasuklah perubahan dalam kewangan kerana pasti wujud kejutan budaya dari segi akitviti harian yang sebelum ini sibuk dengan kerjaya sebagai pendidik.

“Yang penting kita kena pandai menguruskan diri kita, bila kita bersara kehidupan kita bertukar daripada sebelumnya. Kalau sebelum ini kita ada komitmen kena pergi kerja, mersyuarat tetapi bila dah bersara semua itu sudah tiada.

“Walau bagaimanapun, jika kita dapat mengurus masa dengan baik, banyak perkara lain yang boleh diisi seperti mendalami ilmu agama. Bila bersara kita perlu bertindak seperti orang bersara dan bukan lagi pegawai kerajaan,” katanya.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika menyampaikan ucapan Majlis Tautan Budi Terukir Abadi Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan Tahun 2020 di Hotel Sri Manja Boutique, di Kuantan, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)  pada Majlis Tautan Budi Terukir Abadi Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan Tahun 2020 di Hotel Sri Manja Boutique, di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad dan Pengarah Pendidikan Negeri Pahang, Tuan Haji Zaimi Abu Bakar.

Pada majlis itu seramai 162 warga pendidik yang telah bersara dan bakal bersara terdiri daripada 79 orang bersara wajib manakala 83 lagi bersara pilihan.

Pada majlis itu juga, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy turut menggalakkan golongan pesara supaya melayari portal inisiatif ‘1Pesara’.

Inisiatif tersebut diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan iaitu 1Malaysia Civil Service Retirement Support, demi menjagai kebajikan pesara.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Sasaran dan matlamat inisiatif ini ialah berusaha bagi memenuhi keperluan pesara seperti penjagaan kesihatan, kesejahteraan dan kebajikan pesara, pengurusan kewangan dan keusahawanan.

Justeru, portal di bawah ‘1Pesara’ ini dapat diaplikasikan bagi mendapatkan informasi terkini yang boleh digunakan sepanjang tempoh persaraan. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: