Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff mendengar keluhan Encik Sharuddin Lela yang mengidap penyakit kencing manis.

PESAKIT KRONIK TERHARU NASIB DIBERI PERHATIAN

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

PEKAN, 10 NOVEMBER 2020: Menderita hampir 20 tahun akibat penyakit Gout, seorang penduduk di Kampung Bandar Dua Paloh Hinai kini terpaksa pula berdepan dengan kesakitan akibat ketulan nanah dipinggangnya.

Bekas kakitangan Jabatan Bekalan Air (kini PAIP), Encik Roslan Awang Teh, 51, mengalami bengkak di beberapa bahagian badan kesan Gout kini lebih banyak terlantar dan diuruskan sepenuhnya oleh isteri.

Encik Roslan Awang Teh, 51, mengalami bengkak di beberapa bahagian badan kesan Gout kini lebih banyak terlantar dan diuruskan sepenuhnya oleh isteri.

Isterinya, Puan Noraini Ghafar, 43, berkata, nanah tersebut dikesan sejak awal tahun ini selepas suaminya sentiasa mengadu sakit pinggang dan hanya mampu berbaring sahaja bagi meredakan kesakitan.

“Suami mula masuk hospital pada akhir tahun lalu dan kini bergantung pada antibiotik bagi mengurangkan bengkak nanah di dalam pinggangnya.

“Saya dan anak bongsu (berusia 15 tahun) perlu bantu papah suami ke bilik air dan selebihnya suami hanya terlantar di atas katil,” katanya ketika ditemui UKOMP di kediamannya di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

Keadaan yang menimpa Roslan turut mendapat perhatian daripada Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff yang hadir melawatnya sempena Program Mesra Rakyat (Komuniti Sejahtera) anjuran Kemas Parlimen Pekan, di sini.

Hadir sama, Pengarah Kemas Pahang, Encik Zamri Muhamad; Pegawai Kemas Daerah Pekan, Encik Hamidi Md Piah serta Ketua Kampung Bandar Dua Paloh Hinai, Encik Azhar Abd Aziz.

Sementara itu pada program sama, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff sempat melawat pesakit kencing manis kronik, Encik Saharuddin Lela, 55, yang juga kakitangan (pemandu) Felcra Pahang Tenggara.

Bapa kepada empat orang anak ini berkerusi roda selepas tulang tumitnya mereput dan hanya bergantung kepada ubat bagi menahan rasa sakit dialaminya.

“Saya mengalami kesukaran untuk berjalan seperti biasa sejak bulan Julai lalu..tulang yang reput tidak boleh disimen atau dipasang besi. Kalau hendak berjalan pun memang kena pakai tongkat, selain banyak dibantu isteri jika hendak ke tandas atau mandi,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff menyampaikan sumbangan kepada Encik Mahidin Sulaiman.

Bagi Encik Mahidin Sulaiman, 72, yang juga bekas askar wataniah, kehadiran wakil rakyat melihat keadaan diri dan keluarganya amat dihargai apatah lagi dia kini tidak mampu berjalan selepas mengalami kemalangan empat bulan lalu.

“Saya kemalangan ketika menunggang motosikal, sekarang masih tanggung sakit (tulang kaki patah tiga)… Perlu RM100 setiap minggu beli ubat.

“Keprihatinan YB datang tengok keadaan saya dan bertanyakan masalah dialami cukup saya hargai, terima kasih saya ucapkan,” katanya yang menyara hidup dengan veteran tentera sebanyak RM300 sebulan. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: