PERTEMBUNGAN 3 PENJURU DI PRK CHINI
PEKAN, 20 JUN 2020: Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Chini secara rasminya bermula hari ini dengan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon daripada Barisan Nasional (BN) dan dua calon Bebas.
Ketiga-tiga calon layak untuk bertanding selepas nama mereka diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) PRK Chini, YH Dato’ Zaliza Zulkifli.
Calon Bebas, YM. Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, yang tiba di Dewan Utama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Paloh Hinai pada jam 8.40 pagi menjadi calon pertama menghantar borang penamaan 9.01 pagi
Seterusnya, diikuti calon Barisan Nasional (BN), Encik Mohd Shahrim Md Zin, 41, pada jam jam 9.04 pagi dan seorang lagi calon Bebas, Encik Mohd Shukri Mohd Ramli, 49, pada 9.05 pagi. – PAHANGMEDIA