Calon BN, Encik Mohd Shahrim Md Zin bersama pencadang dan penyokongnya ketika keluar dari perkarangan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan selepas SPR mengumumkan beliau layak untuk bertanding pada PRK N23 Chini, hari ini.

PERTEMBUNGAN 3 PENJURU DI PRK CHINI

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd Latib dan Fairus Mohd
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

PEKAN, 20 JUN 2020: Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Chini secara rasminya bermula hari ini dengan menyaksikan pertembungan tiga penjuru Barisan Nasional (BN) dan dua calon Bebas.

Ketiga-tiga calon layak untuk bertanding selepas nama mereka diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) PRK Chini, YH Dato’ Zaliza Zulkifli.

Calon Bebas, YM Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin.

Calon Bebas, YM. Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, yang tiba di Dewan Utama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Paloh Hinai pada jam 8.40 pagi menjadi calon pertama menghantar borang penamaan 9.02 pagi

Seterusnya, diikuti calon Barisan Nasional (BN), Encik Mohd Shahrim Md Zin, 41, pada jam jam 9.04 pagi dan seorang lagi calon Bebas, Encik Mohd Shukri Mohd Ramli, 49, pada 9.05 pagi.

YH Dato’ Zaliza dalam pengumuman mengesahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima semua kertas pencalonan oleh ketiga-tiga calon pagi ini.

“Saya telah menyemak kertas-kertas penamaan itu dan setelah selesai disemak, saya berpuas hati dan memutuskan tiada calon yang ditolak pencalonan,” katanya.

Calon Bebas, Encik Mohd Shukri Mohd Ramli.

Mengambil semangat Muafakat Nasional antara UMNO dan Pas, pencalonan Mohd Sharim disokong Timbalan Yang Dipertua PAS Pekan, Encik Mohd Fadhil Noor Abdul Karim, yang juga calon Pas yang tewas bertanding di kerusi itu kepada calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

PRK DN Chini diadakan susulan kematian penyandangnya Allahyarham Dato’ Sri Abu Bakar Harun pada 6 Mei lepas akibat serangan jantung.

Pada PRU14, Allahyarham Abu Bakar menang dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi menewaskan Mohd Fadhil Noor (PAS) yang mendapat 5,405 undi manakala Mohamad Razali Ithnain dari PKR sekadar memperoleh 1,065 undi.

SPR menetapkan PRK DUN Chini pada 4 Julai dengan hari penamaan calon pada 20 Jun ini, manakala hari pengundian awal pada 30 Jun. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: