engerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato' Abd Rahim Muda turun padang menyantuni peniaga-peniaga Car Boot Sale (CBS) di Taman Kerang di Kuantan.

PERMOHONAN PENIAGA CBS HINGGA JAM 12 TENGAH MALAM DIBERI PERHATIAN

Oleh Mahathir Ali

KUANTAN, 29 OKTOBER 2020: Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Rahim Muda turun padang menyantuni peniaga-peniaga Car Boot Sale (CBS) di Taman Kerang di sini malam tadi.

Dalam lawatan itu beliau mendengar segala permasalahan dan cadangan oleh wakil peniaga di situ termasuk permohonan mereka ingin berniaga sehingga jam 12 tengah malam kerana pengunjung akan mula hadir pada jam 9 malam.

Menurut YB. Dato’ Abd Rahim, beliau menerima surat permohonan daripada wakil peniaga di situ yang mohon untuk berniaga sehingga ke jam 12 tengah malam dan mereka juga berjanji akan mematuhi segala arahan dan SOP yang dilaksanakan di negeri Pahang bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Rahim Muda menerima permohonan peniaga untuk berniaga sehingga jam 12 tengah malam.

“Walaupun bermula Oktober 2020, kerajaan Pahang membenarkan mereka berniaga hingga jam 10 malam namun saya selaku Exco yang bertanggungjawab akan memberi perhatian dan berbincang dengan semua pihak terlibat terlebih dahulu tentang permohonan ini.

“Kerajaan Pahang pimpinan Menteri Besar, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail sentiasa memahami denyut nadi rakyat, kami akan mencari jalan yang terbaik bagi membantu rakyat termasuk peniaga kecil CBS ini, bukan hanya di sini malah di tempat-tempat lain juga dalam negeri Pahang.

“Saya berharap, peniaga dapat bersabar dan dalam masa yang sama terus mematuhi segala arahan yang telah ditetapkan. Segala arahan ini bertujuan memastikan rakyat di Pahang selamat dan kita semua berjaya membendung penularan wabak ini,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi Dan Media Pahang (UKOMP).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Rahim Muda turun padang menyantuni peniaga-peniaga Car Boot Sale (CBS) di Taman Kerang di Kuantan.

Beliau juga berharap peniaga dapat menjadikan perbincangan daripada hati ke hati sebagai jalan penyelesaian dalam pelbagai perkara.

“Ini kerana sudah terbukti selama ini, Kerajaan Pahang sentiasa mengambil kaedah berbincang dan mendengar malah banyak membantu peniaga-peniaga kecil,” katanya.

Turut sama dalam lawatan itu, Naib Ketua UMNO Bahagian Kuantan, En. Nara Nikman dan Pengurus CBS Taman Kerang, En Faizal Ahmad Yatim. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error