Perkongsian Set Data Terbuka Pahang Capai KPI Ditetapkan

KUANTAN : Bilangan set data terbuka Pahang yang dikongsi melalui portal Data Terbuka Sektor Awam (DTSA) melebihi petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd. Ariff berkata, pada tahun 2018, bilangan set data yang dikongsi meningkat kepada 111 set atau 222 peratus.

“Ini menjadikan bilangan itu mendahului kesemua kerajaan negeri yang lain. Malah pada peringkat permulaan pelaksanaan, hanya lima set data sahaja yang berjaya dikongsi di portal berkenaan.

“Pemantauan di peringkat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang konsisten dan menyeluruh juga membantu pencapaian ini,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata, YB. Encik Chiong Yoke Kong pada sesi soal jawab Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Sebelum itu, Encik Chiong mahu tahu usaha Kerajaan Pahang dan kerajaan tempatan untuk meningkatkan tahap pelaksanaan data terbuka dalam sistem DTSA.

Dato’ Mohammad Fakhruddin berkata, usaha yang sama juga akan diteruskan pada 2019 dengan penambahan beberapa set data baharu daripada agensi negeri serta persekutuan.

“Perkongsian data di portal ini terbuka kepada semua pihak untuk melihat dan menggunakan data-data berkenaan bagi tujuan kajian atau penghasilan produk inovasi yang lain,” katanya.



 52 total views,  2 views today

Please follow and like us:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: