KUANTAN, 16 MAC 2020: Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) mengambil langkah keselamatan dengan menutup perkhidmatan perpustakaan kepada awam berikutan penularan wabak COVID-19.
Pengarahnya, Puan Hajah Faridzah Jaafar berkata, fasiliti yang ditutup adalah Perpustakaan Awam Sultan Ahmad Shah di sini, Perpustakaan Awam Daerah dan Cawangan, Perpustakaan Komuniti Bukit Frazer, Perpustakaan Desa PPAP dan Perpustakaan Desa PNM.
“Semua program dan aktiviti yang dijalankan oleh Perpustakaan Awam Pahang dan seluruh lokasi perpustakaan di Negeri Pahang pada 17 Mac hingga 31 Mac ini ditangguhkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – PAHANGMEDIA