PERKHIDMATAN PARKIR DIGITAL KINI DI BENTONG

KUANTAN, 1 JUN 2020: Visi Revolusi Industri 4.0(IR4.0) di Malaysia adalah untuk menghubungkan manusia, peralatan fizikal dan dunia digital. Salah satu usaha untuk menghidupkan IR4.0 adalah menerusi digitalisasi.

Pada 2019, Kerajaan Negeri Pahang telah bekerjasama dengan sebuah anak syarikatnya untuk melancarkan PahangGo, sebuah aplikasi gaya hidup. Menerusi PahangGo, pengguna boleh melakukan urusan lazim seperti membayar cukai, membayar zakat, membayar bil, membeli tambah nilai telefon, dan membayar parkir secara digital dengan menggunakan telefon bimbit sahaja.

Hari ini, PahangGo telah menaiktaraf fungsi dengan meluaskan kawasan Parkir Digital ke daerah Bentong. PahangGo telahpun berbincang dan bekerjasama dengan Majlis Daerah Bentong bagi memastikan fungsi tersebut boleh digunakan dengan lancar.

Sebelum ini, fungsi Parkir Digital oleh PahangGo telahpun digunakan secara meluas di daerah Kuantan dan Cameron Highlands. Rata-rata mereka yang menggunakan fungsi tersebut amat berpuas hati kerana fungsi Parkir Digital menjadikan proses membayar parkir lebih pantas, mudah, dan mesra alam.

Fungsi Parkir Digital ini akan diperluaskan ke daerah-daerah lain di Pahang di masa hadapan.

Bagi yang ingin menggunakan Parkir Digital oleh PahangGo, boleh muat turun aplikasi mobil tersebut di Google Play atau App Store.-PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download