Gambar hiasan.

PERKHIDMATAN KAUNTER JABATAN KERAJAAN DAN AGENSI KERAJAAN DIBUKA SEMULA BERMULA ESOK

KUANTAN, 10 FEBRUARI 2021: Kerajaan Negeri hari ini membuat keputusan, semua perkhidmatan kaunter melibatkan jabatan dan agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang ditutup sejak 2 Februari lepas, dibuka semula mulai esok.

Penutupannya sebelum ini susulan peningkatan mendadak dalam kes baharu wabak pandemik COVID-19 di negeri ini khususnya membabitkan kluster Tanah Putih dalam kalangan pegawai dan kakitangan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

Pembukaan perkhidmatan kaunter perkhidmatan ini bagaimanapun, masih tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) sepertimana berikut –

01) Tanggung jawab pelanggan

I) Pelanggan boleh memilih untuk hadir (walk–in) ke Pejabat-pejabat berkenaan atau membuat temujanji bagi mendapatkan tarikh dan masa sesuai untuk hadir.

II) Pelanggan wajib melepasi saringan suhu kurang 37.5° selsius.

III) Pelanggan wajib mendaftarkan diri menggunakan aplikasi MySejahtera.

IV) Pelanggan perlu membersihkan tangan menggunakan pensanitasi tangan (hand sanitiser) sebelum dan selepas berurusan di kaunter.

V) Pelanggan membuat bayaran/melakukan urusan di kaunter, seterusnya beredar meninggalkan kaunter/Pejabat setelah selesai segala urusan.

VI) Pelanggan perlu memastikan pemakaian pelitup muka sepanjang tempoh berurusan di kaunter/Pejabat.

VII) Pelanggan tidak dibenarkan hadir ke kaunter/Pejabat sekiranya menunjukkan sebarang gejala/tanda sebagaimana gejala/tanda jangkitan COVID-19.

VIII) Pelanggan sentiasa mematuhi kewajipan penjarakan fizikal satu (1) meter.

IX) Pelanggan warga emas boleh hadir ke Pejabat bersama seorang (11) teman/pengiring bukan dalam kalangan warga emas untuk membantu dalam urusan di kaunter (warga emas tidak digalakkan ke kaunter sebaliknya teman/pengiring yang membantunya).

Gambar hiasan.

02) Tanggung jawab jabatan/agensi

I) Jabatan/agensi perlu memastikan petugas kaunter sentiasa memakai sarung tangan, pelitup muka dan pelindung muka (face shield) sepanjang masa.

II) Jabatan/agensi perlu menyediakan pensanitasi tangan (hand sanitiser) di setiap kaunter serta pelitup muka bagi pelanggan yang tiada pelitup muka.

III) Jabatan/agensi perlu memastikan kaunter mempunyai tirai kaca (glass barrier) untuk mengelakkan jarak fizikal rapat dengan pihak pelanggan.

IV) Jabatan/agensi perlu memastikan hanya seorang (1) pelanggan dibenarkan berurusan di setiap kaunter pada satu–satu masa.

V) Jabatan/agensi perlu memastikan petugas dan pelanggan sentiasa mematuhi kewajipan penjarakan fizikal satu (1) meter sepanjang masa.

VI) Waktu pengoperasian kaunter bermula 8 pagi sehingga 8.00 malam dengan tiga (3) syif/penggiliran bertugas di kaunter (sebelum bermula setiap syif/penggiliran, perlu melaksanakan kerja-kerja sanitasi selama 30 minit.

VII) Jabatan/agensi perlu memastikan tempoh bertugas setiap petugas kaunter ialah selama empat (4) jam di kaunter (dan selama enam (6) jam sehari di Pejabat).

VIII) Jabatan/agensi berhak tidak melayan mana-mana pelanggan yang tidak mematuhi SOP yang dinyatakan.

IX) SOP ini adalah terpakai kepada semua jabatan/agensi Kerajaan Negeri. Bagi jabatan/agensi Kerajaan Persekutuan adalah turut digalakkan mengguna pakai SOP yang sama ini.

Adalah diharapkan dengan pembukaan semula perkhidmatan kaunter ini serta pematuhan kepada SOP yang ditetapkan, dapat memudah-carakan kembali pelanggan dalam kalangan rakyat-jelata untuk berurusan dengan jabatan/agensi Kerajaan berkenaan sambil memastikan keberkesanan usaha pembendungan penularan wabak pandemik COVID-19.

DATO’ SRI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL
Menteri Besar Pahang
10 Februari 2021

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download