Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff menunjukan laman web pelandigital.PahangGo.com yang menjadi platform untuk orang ramai dan syarikat swasta memberikan maklumbalas, pandangan dan cadangan kepada Kerajaan Negeri.

PERKHIDMATAN DI APLIKASI PAHANGGO KINI ADA DI LAMAN WEB

Oleh: Ain Nadhirah Basha
Foto: Mahathir Ali

KUANTAN, 09 DISEMBER 2020: Perkhidmatan yang terdapat di aplikasi PahangGo yang sebelum ini hanya dapat digunakan di telefon pintar kini boleh dilayari menggunakan laman web yang dibangunkan oleh PahangGo Sdn. Bhd.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata,
laman web app.PahangGo.com ini menempatkan perkhidmatan yang ada di aplikasi PahangGo.

“Ianya boleh digunakan sebagai pilihan kepada pengguna serta sebagai kemudahan kepada pengguna yang tiada akses telefon pintar di mana pengguna boleh mendaftar dengan maklumat pendaftaran yang sama dengan aplikasi di telefon pintar,” katanya dalam sidang media Pelancaran Laman Web PahangGo dan Laman Web Pelan Digital Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Pahang juga telah mewujudkan laman web pelandigital.PahangGo.com yang menjadi platform untuk orang ramai dan syarikat swasta memberikan maklumbalas, pandangan dan cadangan kepada Kerajaan Negeri.

“Orang ramai dialu-alukan untuk memberikan maklumbalas dan idea mengikut teras atau industri yang sesuai menggunakan laman web ini.

“Kerajaan Negeri juga percaya, pandangan dan cadangan daripada rakyat sangat penting untuk kita merangka pelan digital yang terbaik untuk Negeri Pahang,” katanya.

Kerajaan Pahang kini sedang dalam perangkaan pelan digital negeri Pahang 2021 hingga 2025 yang akan dilancarkan pada Februari tahun hadapan. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
ARTIKEL POPULAR

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download