Menteri Besar Pahang, YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff bersama barisan ADN yang hadir pada aklimat Dan Perbincangan Dua Hala Halatuju Status Perkhidmatan Telekomunikasi Dan Inisiatif JENDELA Oleh SKMM Kepada Ahli-Ahli Dewan Negeri Pahang di Hotel Rosa Passadena di Cameron Highlands.

PERBINCANGAN DUA HALA ADN, SKMM TINGKAT PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Mahathir Ali

CAMERON HIGHLANDS, 4 DISEMBER 2020: Ahli Dewan Negeri (ADN) di Pahang diminta memaklumkan segera kawasan yang mengalami masalah gangguan perkhidmatan telekomunikasi di tempat mereka untuk dimasukan di dalam projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff berkata, dalam perancangan JENDELA sebanyak 191 menara telekomunikasi baharu akan dibina di kawasan luar bandar dan pedalaman bagi mengatasi masalah liputan.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

“Justeru saya minta pihak ADN supaya menghantar surat kepada saya untuk memaklumkan kawasan yang mempunyai masalah talian telekomunikasi secepat mungkin. Apa yang penting adalah maklumat yang diberikan ini.

“Selepas dikumpul semula maklumat itu, pihak SKMM akan membuat pembentangan kepada Menteri Besar dan barisan Exco Kerajaan Negeri Pahang. Harap dapat segerakan dalam tempoh seminggu dua lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Taklimat Dan Perbincangan Dua Hala Halatuju Status Perkhidmatan Telekomunikasi Dan Inisiatif JENDELA Oleh SKMM Kepada Ahli-Ahli Dewan Negeri Pahang di Hotel Rosa Passadena di sini, malam tadi.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Barisan ADN yang hadir pada aklimat Dan Perbincangan Dua Hala Halatuju Status Perkhidmatan Telekomunikasi Dan Inisiatif JENDELA Oleh SKMM Kepada Ahli-Ahli Dewan Negeri Pahang di Hotel Rosa Passadena di Cameron Highlands.

Taklimat berkenaan disampaikan oleh Pengerusi SKMM, YBRS. Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek kepada 17 ADN termasuk daripada PAS.

YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff berkata, dengan adanya maklumat-maklumat yang diberikan ini akan memudahkan pihak SKMM untuk membina menara baharu ini dan pastinya akan menyelesaikan masalah telekomunikasi di kawasan terbabit.

Sementara itu, beliau berkata, taklimat ini dilaksanakan untuk mendapat maklum balas daripada pihak ADN mengenai status talian komunikasi di kawasan mereka supaya terus dapat ke pengetahuan SKMM.

“Terima kasih kepada ADN yang datang pada malam ini dan maklumat yang kita dapat ini mungkin nanti InsyAllah akan dapat menyelesaikan masalah talian telekomunikasi di kawasan mereka nanti,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Ahli-ahli Backbencher (BBC) Pahang, YB. Dato’ Haji Md.Sohaimi Haji Mohamed Shah menyambut baik taklimat yang dilaksanakan ini kerana secara tidak langsung ADN dapat menyampaikan masalah talian terus ke pihak SKMM.

“Saya harapkan kawasan-kawasan yang sebelum ini yang mempunyai masalah talian akan dapat diselesaikan dengan pelaksanakan projek JENDELA ini nanti. Di kawasan saya iaitu Sungai Lembing memang mempunyai masalah talian dan saya akan hantar surat segera kepada pihak Exco,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 882 total views,  3 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download