Menter Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail memberikan cenderahati kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri sambil disaksikan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad pada Seminar Penghayatan Islam Penjawat Awam Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 2020 Masihi / 1442 Hijrah di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan hari ini.

PERANCANGAN SUSULAN AKAN DISUSUN KERAJAAN BERKAITAN ISU TRANSGENDER

Oleh: Ain Nadhirah Basha
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 01 SEPT 2020 : Beberapa perancangan susulan akan disusun oleh pihak kerajaan bagi meleraikan kekusutan berkaitan isu transgender di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata perancangan ini akan dipelbagaikan bagi memperbaiki kehidupan golongan berkenaan.

“Perancangan untuk transgender kita akan susun dalam beberapa lagi siri, disamping kita pelbagaikan terutamanya dari segi dialog, dari segi apa yang sepatutnya kita boleh baiki kehidupan mereka dengan lebih baik lagi.

“Dan kita sentiasa mengambil perkiraan daripada pakar-pakar, daripada para asatizah, begitu juga semua pihak bagaimana untuk kita meleraikan kekusutan isu ini, untuk diharmonikan sehingga akhirnya menjadi yang terbaik dalam kita mengharungi kehidupan, InsyaAllah,” katanya.

Antara barisan Exco Kerajaan Negeri Pahang dan peserta yang hadir pada Seminar Penghayatan Islam Penjawat Awam Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 2020 Masihi / 1442 Hijrah di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika Seminar Penghayatan Islam Penjawat Awam Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 2020 Masihi / 1442 Hijrah di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail; YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad; serta barisan exco kerajaan negeri.

Menurut beliau lagi, tiada tempoh akhir diletakkan pada perancangan ini kerana ia akan dilakukan secara berkala.

“Kita hanya merancang dan melaksanakan. Penyelesaian itu kita serahkan kepada Tuhan. Bagi saya, yang penting yang kita akan buat, kita akan usaha, kita akan ikhtiar, kita akan mencari seupaya mungkin untuk isu transgender.

“Tapi bagi saya dua langkah yang telah kita kedepankan itu amat baik dan kita akan susuli dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau turut berkata akan ada lagi pertemuan bersama golongan transgender dalam masa terdekat oleh pihaknya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri ketika ditemui pemberita selepas Seminar Penghayatan Islam Penjawat Awam Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 2020 Masihi / 1442 Hijrah di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, hari ini.

Mengulas mengenai lokasi perlaksanaan rancangan yang akan dijalankan sama ada melibatkan seluruh negara secara serentak atau terdapat negeri-negeri terpilih, beliau berkata ini tertakluk kepada hasil perbincangan bersama pihak kerajaan negeri.

“InsyaAllah kami akan berbincang bukan isu ini sahaja tapi semua isu, dengan semua exco-exco agama negeri, begitu juga pejabat agama negeri, bahkan kepada pihak berkuasa agama negeri.

“Ini semua sekali kita akan duduk dalam bentuk yang bersekali untuk kita menemukan satu natijah yang baik, InsyaAllah,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: