Menteri Besar Pahang, YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismai menyampaikan sumbangan kepada pemandu teksi di Ibu Pejabat MPK di sini, hari ini.

PENYERAHAN SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI MENGGUNAKAN SISTEM PANDU LALU

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Ihsan MPK

KUANTAN, 26 MAC 2020: Penyampaian sumbangan Kerajaan Negeri kepada pemandu teksi di daerah Kuantan dilakukan secara pandu lalu (drive-thru) di hadapan Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di sini hari ini.

Seramai 271 pemandu pemandu teksi menerima sumbangan berupa barangan makanan dan wang tunai yang disampaikan oleh Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Pegawai Perhubungan Awam MPK, Puan Norkamawati Kamal berkata, menerusi kaedah pandu lalu ini, pemandu teksi yang menerima bantuan tidak perlu turun daripada kenderaan mereka untuk mengambil bantuan yang diberikan.

Kakitangan MPK memeriksa sumbangan Kerajaan Negeri yang akan diserahkan kepada pemandu teksi.

“Pegawai dan kakitangan MPK yang akan membantu meletakkan barangan makanan berkenaan ke dalam kereta penerima.

“Kita harapkan sumbangan ini dapat meringankan beban yang dihadapi terumanya yang terkesan secara langsung dan terputus sumber pendapatan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menteri Besar Pahang sebelum ini mengumumkan peruntukan khas Kerajaan Negeri sebanyak RM3.587 juta di mana ia membabitkan pemberian bantuan khas tunai secara “one-off” sebanyak RM150 dan barangan makanan seperti beras, tepung, gula dan sebagainya bernilai RM50 seorang.

Ini akan membabitkan kira-kira 17,935 orang penerima yang terdiri daripada mereka yang terkesan secara langsung dan terputus sumber pendapatan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Proses agihan bantuan khas ini akan diuruskan oleh Pegawai Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di setiap daerah. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: