YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail (tengah) melihat permandangan bandar Kuantan ketika melawat ruang tinjau terbuka Kuantan 188 di Kuantan.

PENTADBIRAN KERAJAAN PAHANG STABIL – MB

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 26 FEBRUARI 2020:  “Pahang stabil (pentadbiran)… Sebab kita ada 25 kerusi Barisan Nasional (BN), lapan daripada PAS, sembilan daripada PKR dan DAP ( tujuh DAP dan dua PKR), jadi tak ada perubahan apa-apa,” itu tegas Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Reaksi ringkas tersebut disuarakan beliau ketika ditanya mengenai keadaan semasa pentadbiran Kerajaan Pahang selepas Kabinet terbubar ekoran perletakkan jawatan Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, kelmarin.

Beliau ditemui selepas Majlis Penyerahan Menara Kuantan 188 kepada Kerajaan Negeri Pahang daripada Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di sini, hari ini.

YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail

Pentadbiran BN di Pahang jelas tidak terjejas dan Menteri Besar juga tidak perlu mengadap Sultan Pahang bagi mengekalkan jawatan dan barisan pentadbirannya ekoran masih dapat menguasai majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kelmarin, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah YAB Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim selepas menerima peletakan jawatannya.

Perlantikan tersebut dilakukan sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: