PENOREH GETAH DITAHAN PALSUKAN SURAT GUNA NAMA KDYMM YANG DI-PERTUAN AGONG

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib

KUANTAN, 10 NOVEMBER 2020: Polis menahan seorang penoreh getah hari ini selepas dipercayai memalsukan surat dengan menggunakan nama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong untuk urusan pembalakan dan perlombongan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Tuan Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata suspek berusia 51 tahun ditahan di pekarangan Balai Polis Gurun, Kedah kira-kira jam 1.25 petang tadi.

“Tangkapan ke atas suspek adalah berdasarkan satu laporan polis yang dibuat berkaitan salah laku menggunakan nama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dalam kerja-kerja mengeluarkan kayu balak, kayu jaras dan perlombongan secara haram di atas kawasan hutan rezab Hulu Jerai di Sungai Timah Mukim Batu Yon di Daerah Lipis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Tuan Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof.

“Semakan terhadap surat tersebut mendapati bahawa tiada sebarang permohonan yang dibuat oleh syarikat tersebut. Malah Pejabat KDYMM Sultan Pahang juga tidak pernah mengeluarkan sebarang surat sokongan bagi kerja-kerja yang dimaksudkan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Katanya lagi, modus operandi suspek adalah dengan membuat pemalsuan suratan menggunakan nama Majlis Raja-Raja Melayu dalam urusan mendapatkan kebenaran mengeluarkan kayu balak, kayu jaras dan perlombongan.

“Suspek akan dituduh di bawah Seksyen 466 Kanun Keseksaan kerana memalsukan dan menggunakan dokumen palsu di Mahkamah Sesyen Raub yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: