Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Encik Abd Rahim Muda (dua dari kanan) ketika Majlis Penyerahan Faedah Pengurusan Jenazah berjumlah RM2,000 kepada Puan Zeti Haryanti Hassan, 42, balu seorang kakitangan Alam Flora Allahyarham Irwan Herman yang terkoban dirempuh oleh kenderaan yang dipandu pemandu mabuk baru-baru ini.

PENJUALAN MINUMAN KERAS DI TEMPAT TERBUKA DIPERKETATKAN

KUANTAN, 28 MEI 2020: Penjualan minuman keras secara terbuka di negeri terutamanya di kawasan yang mempunyai majoriti penduduk muslim akan diperketatkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Encik Abd Rahim Muda berkata, perkara itu dilaksanakan bagi mengelakkan peningkatan kemalangan maut yang melibatkan pemandu di bawah pengaruh alkohol.

Beliau berkata, justeru itu, Kerajaan Negeri juga akan meneliti kembali undang-undang sedia ada bagi membolehkan penjualan minuman keras itu dapat dikawal dan perketatkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Encik Abd Rahim Muda (kanan) bersama keluarga Allahyarham Irwan Herman Kamaruddin di kediaman ibu bapanya di Taman Guru, hari ini.

“Sebenarnya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pahang sudah ada yang tidak membenarkan kawasan majoriti Melayu menjual minuman keras.

“Jadi kita akan menyemak balik undang-undang sedia ada di bawah kerajaan tempatan dan undang-undang kecil perniagaan bagi memastikan minuman keras sebagai satu perkara yang boleh memudaratkan kepada orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyerahan Faedah Pengurusan Jenazah berjumlah RM2,000 kepada Puan Zeti Haryanti Hassan, 42, balu seorang kakitangan Alam Flora Allahyarham Irwan Herman yang terkoban dirempuh oleh kenderaan yang dipandu pemandu mabuk baru-baru ini.

Dalam majlis itu juga, waris turut menerima pencen daripada PERKESO menerusi Skim Faedah Orang Tanggungan berikutan Arwah dalam perjalanan ke tempat kerja. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: