PENJAWAT AWAM PERLU LEBIH INTEGRITI, AMANAH

Oleh: Fansurina Abdullah

KUANTAN, 30 JANUARI 2020: Penjawat awam di Negeri Pahang perlu melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan penuh integriti dan amanah.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Pahang, YH. Dato’ Indera Haji Mohamad Ridzwan Haji Mohd Tahar berkata, sikap segelintir penjawat awam yang gagal menjalankan tugas dengan baik memberikan kesan negatif terhadap organisasi sekali gus memburukkan nama penjawat awam itu sendiri.

“Saya tidak nafikan ketika menjalankan tugas, penjawat awam akan
berhadapan dengan pelbagai dugaan yang menyebabkan perlakuan salah laku, pecah amanah dan sebagainya, namun sebagai seorang yang berintegriti, semua itu pasti dapat ditepis kerana menganggap
pekerjaan yang dilakukan sebagai satu ibadah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Taklimat dan
Penyampaian Surat Tawaran Perlantikan Jawatan di Dewan SUK Pahang, di sini, pagi tadi.

Selain itu, Dato’ Indera Haji Mohamad Ridzwan turut menasihati
penjawat awam agar mengelakkan pembaziran sama ada pembaziran masa, peralatan dan keperluan pejabat, elektrik dan tenaga manusia.

Tambahnya, kerajaan negeri menerima impak yang besar daripada
pembaziran yang dilakukan oleh penjawat awam dan usaha perlu dilakukan bagi mengekang masalah tersebut daripada berterusan.

Pada majlis tersebut seramai 31 orang menerima surat tawaran
perlantikan masing-masing termasuklah 17 jawatan Pengawas Hutan G19, 9 jawatan Penolong Jurutera Awam JA29 dan 5 jawatan Penolong Jurutera Mekanikal JA29.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: