Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Pahang, YH. Dato' Indera Haji Mohamad Ridzwan Haji Mohd Tahar (dua dari kanan) menyampaikan surat tawaran pelantikan kepada seorang calon pada Majlis Taklimat dan Penyampaian Surat Tawaran Pelantikan Jawatan Di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang di Dewan SUK Blok C di Kuantan.

PENJAWAT AWAM DI PAHANG PERLU TAMBAH ILMU

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib

KUANTAN, 12 NOVEMBER 2020: Penjawat awam di Negeri Pahang perlu menambah ilmu mereka dari semasa ke semasa terutamanya dalam melaksanakan tugas bersesuaian dengan keadaan dan cabaran masa kini.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Pahang, YH. Dato’ Indera Haji Mohamad Ridzwan Haji Mohd Tahar berkata, kelebihan berilmu ini adalah dapat meningkatkan lagi produktiviti dan kualiti dalam perkhidmatan ke arah kemajuan dan kemakmuran negeri itu.

“Dengan adanya ilmu akan lebih memudahkan lagi urusan kerja kita. Tuntut lah ilmu sebanyak mungkin, kerana ilmu adalah harta kita yang tidak akan hilang,” katanya.

Antara calon yang menerima surat tawaran pelantikan pada Majlis Taklimat dan Penyampaian Surat Tawaran Pelantikan Jawatan Di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang di Dewan SUK Blok C di Kuantan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Taklimat dan Penyampaian Surat Tawaran Pelantikan Jawatan Di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang di Dewan SUK Blok C di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengerusi SPA Negeri Pahang, YH. Dato’ Haji A. Rahim Noh.

Pada majlis itu seramai 48 individu menerima surat tawaran pelantikan bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan dan Pendidikan Gred DG41, Penolong Jurutera (Awam) JA29, Penolong Pegawai Pertanian Gred G29, Penolong Pegawai Tanah Gred NT29, Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19.

Sementara itu, YH. Dato’ Indera Haji Mohamad Ridzwan menyampaikan ucapan tahniah kepada semua yang dilantik dan menyifatkan ianya amanah yang datang dari Allah SWT.

“Jawatan adalah satu amanah yang berat perlu dipikul dan kita telah diberi kepercayaan dengan izin Allah SWT. Amanah ini perlu dilaksanakan dengan penuh integriti serta nilai murni antaranya jujur, benar, amanah, adil, bertanggungjawab, telus, tekun dan cekap,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download