Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin menyampaikan sijil penghargaan kepada Pesara OKU Tahun 2020, Puan Rohida Ab Manaf.

PENJAWAT AWAM BENTENG DAN TULANG BELAKANG KERAJAAN

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 14 DISEMBER 2020: “Penjawat awam adalah benteng dan tulang belakang Kerajaan,” itu kata Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin.

YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza berkata, penjawat awam perlu bekerja dengan penuh semangat supaya rakyat mendapat menikmati faedah yang diberikan Kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin

“Penjawat awam perlu bekerja dengan penuh semangat, memberikan yang terbaik, supaya rakyat dapat terus menikmati dan memperolehi faedah serta manfaat sebagaimana yang dihasratkan oleh Kerajaan.

“Saya ingin mengingatkan, sebagai penjawat awam hendaklah mengetahui batas-batas perhubungan dalam komunikasi serta mematuhi etika penggunaan media sosial walaupun untuk mempertahankan diri.

“Jangan sesekali membalas kritikan netizen dengan bahasa yang kurang sopan, imej Kerajaan, Kementerian dan seluruh agensi hendaklah sentiasa dipelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2019 dan Sekalung Budi Jasamu Dikenang Tahun 2020 Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pahang serta Pelancaran GPSK Negeri Pahang di Hotel Grand Darul Makmur di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah JKM Pahang, Encik Zulkhairi Zainol Abidin.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsudin pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2019 dan Sekalung Budi Jasamu Dikenang Tahun 2020 JKM di Hotel Grand Darul Makmur.

Beliau berharap penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada 47 penerima dapat melonjakkan motivasi mereka yang lain.

“Anugerah ini bukan sekadar pendorong atau pengiktirafan, bahkan dalam skop yang lebih luas, ia menjadi nadi penggerak dan peneraju kepada perubahan positif dalam membudayakan kecemerlangan di tempat kerja.

“Harapan saya agar pengiktirafan dan penghargaan ini dapat melonjakkan motivasi untuk menjadi insan kamil yang bersahsiah, berkualiti, seterusnya menjadi role model dan mentor terbaik kepada rakan sekerja yang lain,” katanya.

Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada 14 pesara JKM Pahang bagi tahun ini dalam majlis yang sama. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
ARTIKEL POPULAR

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download