Ahli Parlimen Paya Besar yang juga Timbalan Menteri Kewangan II , YB. Mohd Shahar Abdullah menyampaikan sumbangan bekalan makanan kepada Orang Asli mangsa terjejas banjir di Dewan Orang Ramai Sungai Mas, Sungai Lembing.

PENIAGA KECIL TERJEJAS BANJIR TIDAK DIPINGGIR KERAJAAN

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 10 JANUARI 2021 : Peniaga kecil yang perniagaan mereka terjejas akibat bencana banjir tidak akan dipinggirkan daripada menerima bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan.

Ahli Parlimen Paya Besar yang juga Timbalan Menteri Kewangan II , YB. Mohd Shahar Abdullah berkata, walau bagaimana pun bantuan ini bukanlah bersifat kewangan.

“Kita bukan tertumpu kepada kebajikan kepada individu yang terkesan sahaja tetapi kita mesti melihat bantuan juga harus disalurkan kepada peniaga-peniaga kecil.

“Maksudnya bukan bantuan dari segi monitory atau kewangan, kita kena facilitates andai kata mereka ada pinjaman dengan TEKUN, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), mereka kena datang dan kita kena bincang supaya mereka juga dapat dibantu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan bekalan makanan kepada Orang Asli mangsa terjejas banjir di Dewan Orang Ramai Sungai Mas, Sungai Lembing, di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya akan cuba membantu para peniaga kecil ini dengan menjadi pemudahcara antara peniaga dengan agensi pinjaman.

“Peniaga kecil, mereka banyak juga meminjam dengan TEKUN, AIM, MARA. Sudah pasti untuk survives balik selepas bencana yang tak dijangka ini, mereka memerlukan masa.

“Masa inilah yang saya akan cuba bantu dari segi memudahcara mereka. Untuk berurusan dengan pemberi-pemberi pinjaman dan agensi-agensi pemberi pinjaman,” katanya.

Tambah beliau lagi, Pusat Ahli Parlimen Paya Besar juga sedang mengaturkan bantuan-bantuan untuk mereka berupaya mengembalikan perniagaan kecil mereka kerana bencana ini juga turut menjejaskan perniagaan mereka.

“Jangan orang ingat, bila bantuan ni, kita bagi barang kepada mereka, bukan. Kita nak sekarang ini semua yang terkesan dapat dibantu oleh Kerajaan. Yang penting adalah kita kena turun untuk melihat mereka ini. Sebab saya nampak banyak yang terkesan,” katanya. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 684 total views,  9 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download