YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Dr Sallehuddin Ishak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang.

PENGUNJUNG DARI PAHANG KE SABAH DIMINTA JALANI UJIAN COVID-19

KUANTAN, 22 SEPTEMBER 2020: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang menasihati mana-mana pengunjung dari Pahang ke Sabah supaya menjalani Ujian Saringan COVID-19 selepas 72 jam mendarat kembali ke Semenanjung.

Pengerusinya, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak berkata, ini disebabkan penularan COVID-19 di negara ini menunjukkan peningkatan terutamanya situasi yang membimbangkan di Negeri Sabah.

Beliau yang juga YB Setiausaha Kerajaan Pahang berkata, pada ketika ini juga terdapat peningkatan jumlah pengunjung dari Pahang ke Sabah.

“Dalam tempoh 72 jam berkenaan, individu yang terlibat diminta mendisiplinkan diri dengan mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, kerap membasuh tangan dan menghadkan interaksi fizikal,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini hari ini.

Belia juga meminta semua pihak yang berkenaan diminta memberikan kerjasama demi keselamatan diri, keluarga dan masyarakat.-PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: