Pengerusi BN Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dan Presiden UMNO, YB Dato' Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama kepimpinan parti dan masyarakat Orang Asli bergambar selepas program Ramah Mesra Bersama Masyarakat Orang Asli di perkarangan rumah Batin Kampung Tasik Mentiga, Pekan hari ini.

PENGUNDI DIINGATKAN JANGAN MUDAH TERTIPU

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Putera Falliq Hakim

PEKAN, 27 JUN 2020: Pengundi di Dewan Negeri (DN) Chini diingatkan agar tidak tertipu dengan sebarang janji yang diletakkan oleh calon Bebas yang tidak mempunyai kemampuan untuk membela nasib rakyat.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kemampuan calon yang dipimpin kerajaan jauh lebih kukuh berbanding mereka yang muncul secara tiba-tiba menawarkan diri.

“Jika mahu jadi macam dulu balik (kerajaan yang kukuh), Perdana Menteri, timbalan menteri, menteri-menteri ramai orang kita, kita akan kembali seperti dulu..sebab itu kita jangan kena tipu, jangan kena ‘bedooh’ (tipu) dengan parti bebas tu..bukan boleh buat kerja, (hanya) mengacau sahaja..tak mahu bagi kita menang free.

“Kalau datang (calon Bebas) jangan layanlah…mereka tak boleh buat apa-apa,” katanya ketika program Ramah Mesra Bersama Masyarakat Orang Asli di perkarangan rumah Batin, Kampung Tasik Mentiga di sini.

Antara sebahagian masyarakat Orang Asli yang hadir pada program Ramah Mesra Bersama Masyarakat Orang Asli di perkarangan rumah Batin Kampung Tasik Mentiga, Pekan hari ini.

Turut hadir, Presiden UMNO, YB. Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan serta barisan kepimpinan di peringkat negeri dan setempat.

Sementara itu beliau berkata, segala perancangan yang telah dilakukan sebelum ini tergendala selepas Pakatan Harapan (PH) merampas kerajaan dan hanya mampu bertahan selama 22 bulan.

“Kita di Pahang ini bernasib baik sebab kita tak kalah kepada PH, jadi saya nak ucap terima kasih kepada tuan-tuan kerana tak tertipu dengan PH.

“Tempat lain kita kalah bukan sebab tak kerja kuat tapi apa yang Bossku (Datuk Seri Najib) rancang buat masjid, buat jalan semua terhenti apabila PH memerintah. Mereka tak luluskan peruntukan,” katanya.

Katanya lagi, peluang berada dalam kerajaan kini akan digunakan sebaik mungkin untuk meminta kembali hak dan keperluan rakyat secara berperingkat.

Tambahnya, pihak pembangkang hanya mampu menuduh kerajaan negeri tak ambil peduli langsung sedangkan sudah bermacam-macam kelulusan serta bantuan yang diberikan kepada rakyat termasuk bab perumahan, warta tanah serta perlindungan khazanah alam seperti Tasik Chini.

“Kita telah selesaikan banyak perkara berkaitan keperluan dan keselesaan rakyat. Kita tak boleh buat semuanya serentak tapi satu-satu seperti berkenaan pemilikan tanah yang perlu melalui beberapa peringkat sebelum diserahkan kepada rakyat,” katanya.-PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: