PENGUNDI DIINGATKAN JANGAN KELUAR MENGUNDI SAAT AKHIR

Oleh: Fansurina Abdullah

KUANTAN, 2 Julai 2020: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan kepada semua 20,816 pengundi yang layak mengundi di Kawasan Dewan Negeri Chini supaya tidak keluar mengundi pada saat-saat akhir.

Timbalan Pengerusinya, YH. Dr. Azmi Sharom berkata, meskipun masa mengundi yang ditetapkan adalah bermula jam 8 pagi sehingga 5.30 petang, namun kesemua pengundi dinasihatkan agar keluar pada masa yang digalakkan.

“Ini bertujuan mengelakkan pengundi berkumpul dalam jumlah yang ramai dan seterusnya memastikan penjarakan sosial dalam kalangan pengundi semasa berada di pusat mengundi,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, ini adalah selaras dengan prosedur kawalan penyebaran wabak pandemik Civod-19 di bawak Akta 342 Akta Kawalan Penyakit Berjangkit yang sedak dikuatkuasakan.

Menurutnya, waktu keluar mengundi yang digalakkan boleh diketahui pada Kad Pengundi (Voter’s Card) yang disediakan oleh pihak SPR.

Pengundi yang telah menerima Kad Pengundi atau yang telah mengetahui maklumat pengundian mereka tidak perlu lagi membuat semakan di barung semakan SPR sebaliknya boleh terus ke saluran mengundi.

“Pengundi hanya perlu membawa kad pengenalan masing-masing dan kad pengundi sahaja pada hari mengundi nanti,” katanya.

Beliau berkata, pengundi yang belum menerima Kad Pengundi pula boleh membuat semakan melalui saluran-saluran portal semakan daftar pemilih https://pengundi.spr.gov.my, aplikasi MySPR Semak, hotline SPR di talian 03-88927018 dan SMS ke 15888 (taip SPRSEMAKNO. KAD PENGENALAN).

Menurutnya, semasa membuat semakan, pengundi disaran mencatat dan meyimpan maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan pemilih dan semua maklumat ini perlu dibawa pada hari mengundi nanti dan perlu ditunjukkan kepada Kerani Pengundian Pertama (KP1) di saluran.

“Saya menyeru kepada semua pengundi supaya keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing pada 4 Julai 2020 nanti dan pastikan anda tidak menyerahkan kad pengenalan kepada pihak lain salain petugas pilihan raya,” katanya.

Beliau turut menekankan agar pengundi sentiasa mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP), undang-undang, peraturan dan garis panduan pencegahan Covid-19 pada hari mengundi nanti. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: