PENGUNDI DIGALAK KELUAR MENGUNDI PADA WAKTU DITETAPKAN

Oleh: Fansurina Abdullah

KUANTAN, 26 Jun 2020: Pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DN) Chini digalak untuk keluar mengundi pada masa yang digalakkan sebagaimana yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR Malaysia, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, ia bertujuan memastikan penjarakan sosial dalam kalangan pengundi sepanjang berada di pusat mengundi.

“Maklumat berhubung masa yang digalakkan untuk keluar mengundi itu telah diletakkan pada kad pengundi atau pun voter’s card yang disediakan kepada para pengundi.

“Dengan adanya kad ini juga, para pengundi juga tidak perlu lagi membuat semakan di barung semakan SPR sebaliknya boleh terus ke saluran mengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media, hari ini.

Justeru katanya, orang ramai diingatkan supaya membawa kad pengenalan dan kad pengundi masing-masing ketika menunaikan tanggungjawab masing-masing pada 4 Julai 2020 nanti.

Katanya, bagi pengundi yang masih belum menerima kad pengundi pula, mereka boleh membuat semakan maklumat pengundian lebih awal sebelum hari mengundi.

Semakan Daftar Pemilih Pilihan Raya Melalui SMS.

Semakan boleh dibuat menerusi beberapa saluran iaitu portal semakan pemilih (https://pengundi.spr.gov.my), hotline SPR di talian 03-88927018, aplikasi MySPR Semak dan SMS ke 15888 (taip SPRSEMAKNO.KADPENGENALAN)

Pengundi yang baru sahaja membuat semakan, mereka disarankan membuat catatan dan menyimpan maklumat-maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan pemilih

Datuk Azhar berkata, kad pengundian atau pun maklumat-maklumat yang dicatatkan tersebut perlu ditunjukkan kepada Kerani Pengundian Pertama (KP1) di saluran bagi memudahkan proses pengundian pada hari mengundi nanti. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: