YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Dr Salehuddin Ishak

PENGHARGAAN TINGGI KEPADA SEMUA TERLIBAT SEHINGGA PAHANG TIADA KES COVID-19

KUANTAN, 18 NOVEMBER 2020: Penghargaan amat tinggi kepada atas kerja keras dan kerjasama petugas barisan hadapan, semua ketua jabatan, warga semua jabatan Negeri, Persekutuan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) sehingga menjadikan Pahang tiada kes baharu COVID-19 sehingga kini.

YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak berkata, pihaknya yang terlibat secara langsung dalam tugasan ini juga menyembah menjunjung kasih atas tunjuk ajar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’atuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Juga terima kasih atas kepimpinan YAB Dato’ Sri Menteri Besar, sokongan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta semua Ahli YB Dewan Negeri Pahang.

“Alhamdulillah, Dewan Negeri hari ini memberikan ‘standing ovation’ kepada pasukan COVID-19 Pahang. Sehingga hari ini Pahang mencatatkan tiada kes baharu COVID-19 di Pahang dan tiada kes aktif COVID-19 di hospital.

“Yang paling penting penghargaan sewajarnya kepada semua penduduk Pahang yang memberikan sepenuh kerjasama,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 1,721 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: