Peneroka Felda Chini, Ali Asra Hussin (tengah) menerima geran tanah daripada Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Teknologi dan Multimedia Negeri Pahang, YB Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff (dua kanan).

PENEROKA FELDA GEMBIRA, BERSYUKUR IMPIAN MILIKI GERAN TANAH TERCAPAI

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Putera Falliq Hakim

PEKAN, 14 JUN 2020: Terharu dan bersyukur. Hanya itu mampu diluahkan oleh Muhaini Abdul Rahman, 65, apabila geran tanah yang dinanti sejak 35 tahun akhirnya di genggaman.

Namun luahnya, rasa gembira itu diiringi hiba apabila mengenangkan arwah suaminya, Mohd Kamal Mahmud, 68, yang meninggal dunia pada tahun 2016.

“Alhamdulillah, makcik rasa syukur sangat…tapi dalam gembira tu banyak sedih sebab sepatutnya pakcik (arwah) yang menerimanya, bukan makcik. Itu yang rasa sebak sebab dia yang bertungkus lumus, sepatutnya dia yang dapat tapi makcik yang terima hari ini.

“Makcik nak ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan negeri kerana apa yang ditunggu-tunggu sudah kesampaian,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program penyampaian suratan hak milik kepada 156 orang peneroka di Dewan Semai Bakti Felda Chini Timur 3, hari ini.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail (kiri) menyampaikan suratan hak milik kepada seorang peneroka di Dewan Semai Bakti Felda Chini Timur 3, hari ini.

Sementara itu rasa syukur tidak putus apabila krisis air yang sering berlaku bakal selesai dengan pembinaan Kolam Takungan Giliran (ORS) di muka sauk Sungai Mentiga.

“Rasa lega sangat sebab lepas ni takkan ada masalah tiada air, air kotor dan sebagainya sebab dalam musim kemarau kita (penduduk) akan terima air kotor sehingga terpaksa pasang penapis air.

“Sebelum ni perlu beli air untuk minum dan siap beli dua buah tangki tambahan untuk simpan air..Kalau waktu tiada air ramai orang ada di rumah, lagilah teruk rasanya,” katanya.

Bagi peneroka Suahilai Md. Tai, 65, tiada apa yang mampu diucapkan selain rasa syukur kerana turut menanti selama 35 tahun bagi mendapatkan suratan hak milik tanah.

“Perasaan sukar digambarkan namun saya dan isteri, Juitar Abd. Manaf, 62, bersyukur dan memang gembira lah selepas lama sangat menunggu.

“Rasa gembira turut bertambah apabila masalah air yang dihadapi saban tahun akan diselesaikan dengan pembinaan Kolam Takungan Hiliran (ORS),” katanya.

Katanya lagi, dia dan penduduk lain terpaksa bercatu air bagi memastikan penggunaan harian mencukupi.

“Sudah pasti kami selaku penduduk di Chini sangat gembira dengan usaha dilaksanakan Kerajaan Negeri dalam menyediakan kehidupan lebih baik kepada kami,” katanya.

Peneroka Felda Chini, Ali Asra Hussin (tengah) menerima geran tanah daripada  Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Teknologi dan Multimedia Negeri Pahang, YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff (dua kanan).

Bagi seorang lagi peneroka, Ali Asra Hussin, 68, dia amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang dan juga Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail kerana menunaikan impian mereka untuk memiliki geran tanah.

Menurutnya, penat lelah peneroka Felda Chini sejak tanah rancangan itu diteroka pada 1985 akhirnya berbaloi dan menganggapnya sebagai satu hadiah yang paling bermakna dalah hidupnya.

“Hari ini akan menjadi satu sejarah dalam hidup saya dan saya amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri dan Menteri Besar Pahang kerana membantu menunaikan impian kami peneroka Felda,” katanya selepas menerima geran tanah daripada Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, di sini hari ini.

Dia juga berhasrat untuk menyerahkan tanah ladangnya seluas 10 ekar kepada Felda untuk diusahakan kerana yakin dengan pengurusan Felda.

Peneroka Felda, Kechik Saaya menunjukkan geran tanah yang diterimanya hari ini.

Sementara itu bagi Kechik Saaya, 76, pula, dia akan menjaga tanah yang diberikan itu dengan sebaik-baiknya dan tidak sesekali menjualnya kepada pihak lain.

Menurutnya, selama 35 tahun mereka memajukan tanah Felda Chini, inilah saat yang paling ditunggu-tunggu sebagai peneroka.

“Kerajaan buat dah baik dah… Mereka jaga kita pun dengan baik. Terima kasih Kerajaan Negeri, terima kasih MB (Menteri Besar),” katanya.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download