Puan Bong Ci Lan menerima replika kunci rumah daripada Menteri Besar Pahang, YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah PR1MA Pahang Kuala Lanar, di Dewan Residen, Lipis hari ini.

PENERIMA BERSYUKUR DAPAT RUMAH PR1MA

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUALA LIPIS, 7 NOVEMBER 2020 : Dua penerima kunci bagi Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) hari ini sangat gembira dan bersyukur kerana berpeluang memiliki rumah sendiri setelah sekian lama tinggal di rumah sewa.

Seorang penerima, Puan Bong Ci Lan, 38, berkata, dia sangat gembira kerana akhirnya impian untuk memiliki rumah sendiri akhirnya tercapai.

Bong Ci Lan bersama keluarganya telah menyewa di Perumahan Taman Pertama, di sini, hampir 10 tahun dan peluang memiliki rumah sendiri yang disediakan kerajaan negeri dimanfaatkan sebaiknya.

Puan Bong Ci Lan menunjukkan replika kunci rumah yang diterimanya daripada Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah PR1MA Pahang Kuala Lanar, di Dewan Residen, Lipis hari ini.

“Saya sangat gembira dan berterima kasih kepada kerajaan Pahang kerana menyediakan projek PR1MA yang dapat membantu rakyat memiliki rumah sendiri,” katanya.

Bong Ci Lan berkata, pelbagai dugaan ditempuhi bagi memastikan dia dapat memiliki rumah tersebut.

Sementara itu, seorang lagi penerima Puan Marzian Ali, 57, turut terharu kerana dia masih berpeluang untuk memiliki rumah sendiri setelah sekian lama berusaha.

Puan Marzian Ali menerima replika kunci rumah daripada Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah PR1MA Pahang Kuala Lanar, di Dewan Residen, Lipis hari ini.

“Saya betul-betul bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Pahang kerana menyediakan medium dan platform kepada rakyat yang masih belum berpeluang memiliki rumah sendiri,” katanya.

Kedua-dua mereka telah menerima kunci rumah masing-masing pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah PR1MA Pahang Kuala Lanar, di Dewan Residen, di sini, pagi tadi yang telah disampaikan oleh Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: