Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DN) Chini, Encik Mohd Sharim Md Zain (kiri) ketika bertemu belia pada program hari ini.

PENDUDUK SOKONG CALON BN, YAKIN BAWA LEBIH BANYAK PEMBANGUNAN DI CHINI

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib

PEKAN, 21 JUN 2020: Penduduk di Dewan Negeri (DN) Chini yakin calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DN) Chini, Encik Mohd Sharim Md Zain mampu membawa lebih banyak pembangunan di kawasan Chini seterusnya meneruskan legasi Allahyarham Dato’ Sri Abu Bakar Harun.

Malah kebanyakkan yang ditemui mengenali Mohd Sharim sebelum ini lagi dan mengganggap beliau seorang anak muda yang yang berketrampilan tinggi serta sangat baik.

Menurut penduduk FELDA Chini 4, Asma Mohd Sharif, 50, ramai yang gembira dan terharu apabila Mohd Sharim dicalonkan kerana dia adalah anak tempatan serta anak peneroka.

Penduduk FELDA Chini 4, Asma Mohd Sharif, 50.

“Beliau banyak berjasa kepada masyarakat di sini dan juga pandai berinteraksi dengan anak-anak muda di FELDA Chini. Orang-orang tua pun mengenai beliau kerana ketokohan dan seorang yang sangat baik,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya lagi, justeru dia berharap jika menang, Mohd Sharim perlu ikhlas berkhidmat dan mendengar suara dan kemahuan penduduk di Chini.

Bagi penduduk FELDA Chini 4, Normah Othman, 55, Mohd Sharim sangat dikenali ramai terutamanya masyarakat belia di sini kerana sebelum ini beliau banyak membuat program dengan belia.

Penduduk FELDA Chini 4, Normah Othman, 55.

“Saya rasa beliau adalah calon yang terbaik dan yakin akan dipilih oleh penduduk di Chini seterusnya dapat membawa lebih banyak pembangunan kepada penduduk.

“Saya berasa gembira apabila nama Mohd Sharim yang diumumkan oleh Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau cukup mudah didekati,” katanya.

Penduduk FELDA Chini 1, Mahathir Husin, 65.

Dalam pada itu, penduduk FELDA Chini 1, Mahathir Husin, 65, berkata, Mohd Sharim bukan sahaja dikenali oleh belia di Chini malah generasi pertama FELDA juga mengenai beliau.

“Sebelum ini beliau selalu mengikut Allahyarham Dato’ Sri Abu Bakar Harun. Saya yakin belia akan mengikuti ketokohan Allahyarham yang sebelum ini banyak membantu rakyat Chini,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: