Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Bebar, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff (tengah) menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri Pahang kepada Pesakit kronik lemah jantung dan tiroid, Encik Megat Zaini Md Din, 55, di Kampung Permatang Pauh di Pekan hari ini.

PENDUDUK HARGAI SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

PEKAN, 9 JULAI 2020: Pelbagai jenis bantuan serta sumbangan yang dihulurkan Kerajaan Negeri kepada rakyat menjadi ingatan serta diterima penuh rasa syukur.

Segala usaha yang dilakukan amat dihargai kerana ia telah banyak membantu rakyat hidup selesa dan mampu melalui kesukaran dalam zaman yang penuh mencabar.

Pesakit kronik lemah jantung dan tiroid, Encik Megat Zaini Md Din, 55, amat bersyukur dan berterima kasih di atas bantuan berterusan yang diberikan melalui wakil rakyat di kawasan Bebar.

“Kehadiran wakil rakyat menyampaikan sendiri sumbangan dan bertanya khabar amat saya harga apatah lagi sakit yang dialami membuatkan saya tidak lagi mampu bekerja seperti biasa sejak lebih empat tahun lalu.

“Saya dan keluarga mensyukuri segala bantuan dan kemudahan yang dinikmati hasil daripada kepimpinan kerajaan terutamanya kerajaan negeri yang sedia ada,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Permatang Pauh selepas menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Bebar, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

Beliau hadir menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri Pahang kepada 20 orang penerima sumbangan di bawah Dewan Negeri (DN) Bebar terdiri daripada pesakit kronik, penduduk ditimpa musibah serta kemasukan pelajar ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Kampung Permatang Pauh.

Turut sama Ketua Kampung Permatang Pauh, Encik Mohd Nasrul Hakim Mat Daud.

Sementara itu, rasa syukur sama turut disampaikan oleh seorang lagi penduduk, Encik Kamarudin Ismail, 59, yang menerima bantuan peruntukan bagi membaiki bumbung rumahnya yang rosak akibat ribut dan angin kencang.

“Saya mengalami kerugian bernilai kira-kira RM5,000 selepas bumbung rumah diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut minggu lepas.

“Bantuan yang dihulurkan melalui wakil rakyat yang hadir melihat sendiri keadaan rumah amat saya hargai dan membuktikan bahawa kerajaan negeri sentiasa prihatin terhadap nasib masyarakat terutamanya kepada golongan yang tidak berdaya dan memerlukan perhatian,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Bebar, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff (tengah) menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri Pahang kepada masa bertemu pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019, Izyan Munirah Zainuddin, 18, di Kampung Permatang Pauh di Pekan hari ini.

Selain berkongsi masalah dan duka penduduk, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin turut meluangkan masa bertemu pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 dari Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SHAH Pekan), Izyan Munirah Zainuddin, 18, di sini.

Remaja ini menerima tawaran meneruskan pelajarannya di menyambung Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya dalam bidang Sains Fizikal.

Ibunya, Faridah Othman, 58, turut berkongsi rasa syukur di atas keprihatinan wakil rakyat yang datang menyampaikan bantuan untuk anaknya meneruskan pengajian.

“Sebagai ibu tunggal, bantuan yang diberikan dapat meringankan beban saya untuk menyara hidup termasuk perbelanjaan anak masuk universiti.

“Keprihatinan kerajaan negeri dan wakil rakyat banyak meringankan beban yang ditanggung malah kata-kata semangat yang diberikan oleh YB membakar semangat anak untuk terus belajar bersungguh-sungguh,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download