Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, YH Dato' Mohd Zakaria Ibrahim (tengah, duduk) bersama peserta taklimat pada Majlis Perasmian Taklimat Oleh Timbalan Pesuruhjaya Banci, YB. Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak di Gambang, Kuantan.

PENDUDUK DIMINTA ISI BANCI 2020 GUNA E-CENCUS

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd Latib
Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 27 OGOS 2020: Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Pahang meminta penduduk di negeri ini untuk mengisi maklumat Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) secara dalam talian (e-Census) yang telah dibuka mulai 7 Julai lalu sehingga 30 September depan.

Menurut Pengarahnya, Puan Yusnita Mohd Yusof berkata, setakat ini, jumlah responden yang selesai menggunakan e-Census di negeri ini adalah 5,059 isi rumah atau 56.2 peratus daripada jumlah yang berdaftar iaitu 8,995 isi rumah.

“Justeru saya menyeru penduduk di negeri ini menggunakan platform e-Census bagi melaksanakan banci kali ini berikutan penularan wabak COVID-19,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Taklimat Oleh Timbalan Pesuruhjaya Banci, YB. Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak di Gambang di sini, malam tadi.

Pengarah Perangkaan Negeri Pahang, Puan Yusnita Mohd Yusof

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, YH Dato’ Mohd Zakaria Ibrahim wakil rasmi Dato’ Sri Dr. Sallehuddin.

Puan Yusnita berkata, lebih 65,000 kediaman di negeri ini telah menerima poskad MyCensus 2020 daripada Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Pahang bagi Banci 2020.

Katanya, Poskad yang dihantar ini mengandungi nombor ID bagi membolehkan isi rumah mendaftar masuk melalui sistem e-Census bagi melengkapkan borang bancian.

“Isi rumah yang tidak menerima poskad boleh membuat pra pendaftaran secara atas talian untuk mendapatkan maklumat bagi mengakses sistem berkenaan.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, YH Dato’ Mohd Zakaria Ibrahim (kiri) bersama Pengarah Perangkaan Negeri Pahang, Puan Yusnita Mohd Yusof pada Majlis Perasmian Taklimat Oleh Timbalan Pesuruhjaya Banci, YB. Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak di Gambang, Kuantan.

“Maklumat asas seperti nama, email, dan alamat lengkap diperlukan semasa membuat pendaftaran ini. Bagi permohonan yang berjaya, mereka akan dibekalkan dengan ID melalui SMS atau email yang didaftarkan,” katanya.

Beliau berkata, operasi pembancian fasa kedua iaitu secara bersemuka pula akan bermula pada 7 Oktober sehingga 24 Oktober ini.

“Maklumat lanjut berkaitan Banci 2020 boleh diperoleh melalui portal banci iaitu www.mycensus.gov.my atau media sosial @MyCensus2020 serta di talian hotline banci 1-800-88-7720,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: