Ahli pandu puteri pada Majlis Penutup Perkhemahan Pandu Puteri Daerah Kuantan yang diadakan di Pantai Rekreasi Balok

PENDIDIKAN LUAR BILIK DARJAH TINGKAT KEYAKINAN PELAJAR

Oleh: Fansurina Abdullah
Foto: Muhammad Muslimi Abd. Rahim

KUANTAN, 6 MAC 2020: Pendidikan di luar bilik darjah merupakan alternatif dalam memberikan pendidikan tidak formal kepada pelajar sekaligus dapat meningkatkan keyakinan diri mereka.

Pengerusi Persatuan Pandu Puteri Cawangan Pahang Daerah Kuantan, YH. Datin Aminah Jahayah berkata, penglibatan aktif pelajar dan guru adalah sangat penting bagi merealisasikan hasrat kerajaan dalam melahirkan pelajar yang dilengkapi modal insan berkualiti.

“Justeru, aktiviti perkhemahan yang disertai 395 peserta Pandu Puteri hari ini merupakan medan yang tepat bagi menggalakkan mereka berdikari, berwibawa, bertanggungjawab dan mengasahkan bakat kepimpinan.

“Program seumpama ini juga dapat mengeratkan silaturrahim di antara pelajar dan guru terlibat. Di samping itu juga perkhemahan kali ini turut menekankan aspek 3R iaitu menerapkan aspek penjagaan kebersihan di rumah dan sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Majlis Penutup Perkhemahan Pandu Puteri Daerah Kuantan yang diadakan di Pantai Rekreasi Balok di sini hari ini.

Beliau berkata, program seumpama ini merupakan aktiviti yang sering dianjurkan pelbagai pihak namun apa yang penting ialah pengisian program bagi memastikan pendidikan di luar bilik darjah berkesan dan menyeronokkan. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error